GEORGE TOWN: Tangisan mengiringi majlis pengebumian badut dan penghibur Choi Hon Ming, sementara 3 rakan badutnya mengetuai perarakan kenderaan membawa mayatnya menuju ke kawasan Perkuburan United Hokkien di Batu Gantong di sini hari ini.
Choi, 32, maut ditembak peluru sesat oleh seorang lelaki pada kejadian tembakan malam Khamis lalu di lebuh raya pantai di sini.
Insiden itu turut meragut nyawa 2 yang lain sementara 5 lagi cedera.
Bagi mengenang pemergiannya, keluarga dan rakan badutnya yang datang dari sejauh Kuala Lumpur melepaskan 32 belon ke angkasa dan turut mengusung keranda.
Acara itu diketuai Presiden Kuala Lumpur Clown Alley (KLCA), D Ravindran dan rakan baiknya yang juga badut Soon Choon Keat.
Mereka menjugel bola dan membuat persembahan sepanjang perjalanan ke pusat pembakaran mayat.
Ravindran, atau lebih dikenali sebagai “Mr Potato” dalam industri badut berkata kematian Choi satu kehilangan besar dalam industri.
Choi Hon Ming with his wife Sun Siew Chin during better days. Choi was hit by a stray bullet on Thursday's shooting incident at the Jelutong Expressway.
“Choi dikenali ramai di negara ini kerana bijak membentuk belon. Itu kepakarannya. Dia yang terbaik pernah saya kenal. Saya tidak percaya dia sudah tiada,” katanya ketika ditemui FMT.
Terdahulu, Ravindran menyampaikan ucapan bersama isteri Choi, Sun Siew Chin, 32.
“Saya tahu anda akan berada di tempat yang lebih menggembirakan, saya akan sentiasa menyayangi kamu,” kata Sun.
Choi dan Sun berkahwin pada Julai dan merancang mengadakan majlis perkahwinan pada Disember. Sun bekerja sebagai jururawat di Arab Saudi.-Free Malaysia Today
No comments:
Post a Comment