Friday, 2 December 2016

Dosa-Dosa Politik DAP Tidak Terhapus Dengan Ziarah Imam Masjid Al Aqsa



Umat Islam tetap tidak lupa akan keceluparan dan hipokrasi parti cauvinis sosialis ini terhadap Islam.

Sebagai seorang Muslim, saya merasa bangga dan gembira dengan kedatangan salah seorang Imam di Masji Al Aqsa ke Tanah Melayu/Malaysia. Ini merupakan satu penghormatan kepada negara ini untuk menerima kunjungan seorang alim dari bumi yang diberkati, Palestin.

Sebagai seorang tetamu, beliau tentulah akan beradab sopab terhadap tuan rumah dan sudah tentulah akan mengeluarkan kata-kata sanjungan dan penghargaan terhadap layanan tuan rumah kepada beliau. Ini adalah kunjungan biasa dari seorang alim, bukan kunjungan seorang ahli politik.


Kunjungan dari seorang Imam masjid Al Aqsa tidak akan merubah walau secebis manapun hakikat dan ideologi DAP, sebuah parti politik cauvinis berideologikan fahaman Sosialisma. Agenda parti ini tidak berubah sedikitpun, sikap dan pendiriannya terhadap kedudukan Islam, Syariah Islam, umat Islam/bangsa Melayu, Bumiputera dan sebagainya sama sekali tidak pernah berganjak. Prinsip parti ini tidak pernah tergadai walau satu perenggan atau sebaris ayat.

Maka silaplah sesiapa yang berhasrat menjadikan progrem ziarah ini sebagai modal politik atau untuk menonjolkan sisi ‘kebaikan’ parti ini kepada Islam atau perjuangan umat Islam untuk membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis Israel.

Ini hanya helah yang memalukan dan propaganda murahan semata-mata.

Sisi ‘gelap’ pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang sudah tentu tidak akan dikhabarkan kepada sang Imam ketika menikmati pemandangan negeri ini dari bangunan KOMTAR. Statistik pembaziran, diskriminasi, projek mega dan penjualan tanah-tanah milik kerajaan negeri, tekanan terhadap kakitangan Melayu, pilih kasih dan dasar perumahan yang terlalu menguntungkan para kapitalis/pemaju sudah menjadi rahsia umum.

Parti rasis cauvinis ini tetap berkeras dalam penentangan mereka terhadap RUU 355 yang hanya melibatkan umat Islam sahaja tetapi begitu lunak dengan RUU penternakan babi yang turut melibatkan kepentingan umat Islam dan berpotensi sebagai ancaman kesihatan kepada seluruh penduduk di negeri itu.

Barangkali inilah penterjemahan kepada nilai-nilai Islam yang ingin diterapkan sebagai satu aspek Rahmatan Lil Alamin dari seorang Ketua Menteri yang pada satu ketika dahulu pernah memperdayakan segelintir umat Islam dengan hasrat ‘mulia’ kononnya ingin mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.

Umat Islam tidak pernah lupa bahawa lelaki bernama Joseph Lim ini jugalah yang mendesak supaya penganut Kristian dibenarkan menggunakan Bible versi Bahasa Malaysia yang di dalamnya kalimah Allah menggantikan kalimah God/Tuhan!

Saya percaya sudap pasti para pengikut, penyokong, pemuja dan penjilat Joseph Lim dan DAP akan mempertahankan beliau dari dikritik atau diserang ekoran gimik politik dan sandiwara membawa Imam Masjid Al Aqsa ‘menikmati’ keindahan negeri Pulau Pinang. Status Facebook Ketua Menteri ini pun penuh dengan pujian melambung para penjilat dan budak-budak suruhan serta tentera-tentera upahan maya yang lebih dikenali sebagai Red Bean Army.

Tentera-tentera upahan alam maya ini jugalah akan menyerang habis-habisan apa sahaja berbau Islam dan umat Islam atau institusi-institusinya bilamana timbul isu melibatkan kepentingan umat Islam dan juga Melayu.

Lebih menyedihkan apabila kita menyaksikan terdapat segelintir umat Islam bermati-matian membela tokoh-tokoh DAP yang cauvinis ini dalam banyak kes apabila majoriti umat Islam menyuarakan bantahan dan penolakan mereka terhadap keceluparan mulut sesetengah pemimpin DAP di dalam banyak kes. Sosok tubuh DAP dan pemimpin mereka digambarkan semolek mungkin, atau dirasionalkan dengan pilihan nas-nas tertentu atau justifikasi yang memualkan.

Mereka hanya menjadi ‘Fortress Of Defence’ (Kubu Pertahanan) yang terbaru bagi DAP, barangkali sebagai imbalan atau balasan kepada pertolongan DAP dalam hal-hal tertentu kepada mereka. Mereka terbuai dengan Illusion Of Grandeur (Ilusi Kehebatan) kononnya mereka sedang membawa agenda Islam yang asli dan murni sebagai satu kaedah berdakwah dan bermu’amalah dengan orang-orang kafir/musyrik.

Hakikatnya DAP adalah DAP. Dalam sesetengah kes, jatidiri parti ini tidak jauh berbeza dari zat yang terdapat pada entiti haram Israel - dari segi sikap, layanan dan pendirian abadi untuk tidak berganjak dari prinsip keras terhadap kaum Muslimin dan berlemah lembut sesama sendiri, menjaga kepentingan sejenis dan tidak malu atau berdosa memperkudakan orang lain atau mengkhianati apa-apa perjanjian, sekiranya itu semua dapat menjayakan cita-cita besar mereka.

Maka, ziarah Imam Masjid Al Aqsa hanya membuka pekung di dada parti rasis cauvinis ini, yang hanya mereka yang sudah hilang deria bau dan sensitiviti sahaja yang ingin selalu berdampingan dengan kebusukan parti ini.

Hipokrasi ini tidak akan bertahan lama.

Oleh: Mohd Luttfi Bin Abdul Khalid

No comments:

Post a Comment