Thursday, 17 November 2016

Perhimpunan Agung UMNO Perlu Fokus Kepada PRU14



Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang bakal berlangsung pada penghujung bulan ini boleh dianggap sebagai perhimpunan yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Ia secara langsung menunjukkan PAU kali ini adalah sebuah perhimpunan terpenting untuk UMNO sebagai sebuah parti pemerintah.

Ketika parti-parti lain di dunia yang seusia ataupun lebih tua dari UMNO pun sudah tumbang, namun UMNO, Alhamdullilah masih teguh dan utuh sebagai sebuah kerajaan Melayu Islam yang masih memerintah dan mengepalai parti komponen yang lain.

Apa yang pasti setiap kali PAU berlangsung, mandat penting yang disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah yang dinanti-nantikan.

Jika perhimpunan UMNO tahun lalu menjadi medan `claim of power' di mana Najib melaungkan lafaz `No Retreat No Surrender' di hadapan mereka yang mempunyai agenda untuk menjatuhkannya, kali ini perhimpunan ini mungkin menumpukan kepada keperkasaan UMNO dalam menghadapi PRU14.

Survival UMNO akan bergantung kepada keperkasaan dan ketahanan ahli-ahlinya terhadap musuh yang cuba menghancurkannya parti keramat orang Melayu ini.

Tahun lepas, PAU dipenuhi dengan kisah-kisah di mana UMNO difitnah oleh ahli tertentu semata-mata untuk kepentingan peribadi mereka hinggakan laungan `No Retreat No Surrender' yang dibuat oleh Presiden UMNO di hadapan lebih kurang 5,000 hadirin temasuk delegasi UMNO dari luar negara, sebenarnya dijalankan kepada beberapa `individu' tertentu sahaja.

Ia sebenarnya satu perang psikologi kerana Presiden tidak akan berundur dan tidak akan mengaku kalah kepada pihak-pihak yang menggunakan cara terjijik unuk menjatuhkan beliau.

Tahun ini pula, `petualang' itu tidak akan lagi menghantui UMNO kerana kerja-kerja pembersihan dan mengenal pasti sang Kitol sudah dilaksanakan. Mereka telah `disampahkan' dan telah berada di tempat yang sesuai iaitu parti `tong sampah' yang sanggup menerima mereka yang tidak berprinsip ini.

Justeru, fokus dan keutamaan Presiden UMNO pastinya terhadap PRU14 yang akan diadakan tidak lama lagi. Peralihan fokus dari PAU tahun lalu iaitu mengenai `dissident' dalam UMNO kepada UMNO yang lebih bersatu dan padu pasti akan diutamakan oleh Najib.

Amanat pada PAU tahun ini juga pastinya akan merangkumi amaran serta peringatan kepada ahli UMNO supaya jangan alpa dan leka.

Ini kerana musuh UMNO sudah berubah, jika dahulu mereka musuh yang nyata, kini musuh UMNO adalah bekas ahli-ahlinya yang kaya raya hasil menjadi pemimpin UMNO. Mereka ini mendapat faedah kedudukan dan kekayaan tetapi tidak mengenang budi.

Pasti sekali ahli UMNO perlu pertahankan Presiden mereka bukan disebabkan beliau sendiri tetapi kerana Presiden adalah tonggak kekuatan UMNO. Seperti kayu lidi, jika hanya satu maka ia amat mudah untuk dipatahkan, tetapi lidi itu akan menjadi kuat dan kukuh jika bergabung dan diikat dengan banyak.

Begitu juga dengan parti UMNO. Jika Presiden tidak dapat dipertahanan oleh ahli-ahlinya, maka sia-sialah mereka menjadi ahli UMNO.

Oleh itu, tidak syak lagi, inilah persidangan UMNO yang terakhir menjelang PRU14 yang dijangkakan pada tahun depan. Amanat Presiden kali ini tentu amat penting. Ini bukan waktu untuk menjatuhkan atau menaikkan sesiapa di dalam UMNO sebaliknya ia adalah untuk menjaga survival UMNO dan kesinambungan kuasa untuk memelihara orang Melayu dan anak-anak mereka.

Jika tumbang UMNO, maka terlerailah payung orang Melayu. Ini kerana di bawah naungannya, bukan sahaja orang Melayu bahkan bangsa lain juga dapat dilindungi dan Raja-raja dapat dijaga.

Tulisan :
Beruang Biru
BB138, Khamis
17 November 2016

No comments:

Post a Comment