Tuesday, 15 November 2016

#BERSIH5 HANYA UNTUK MENGHINA PEMIMPIN



Bersih, atau nama sebenarnya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mula-mula turun ke jalan raya adalah pada 10 November 2007, iaitu empat bulan sebelum Malaysia menghadapi Pilihan Raya Umum ke 12.

Demonstrasi jalanan tersebut adalah bertujuan ingin memberi satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bagi menuntut sebuah demokrasi di Malaysia.

Ini berlaku apabila pelbagai usaha pihak pembangkang bagi menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional sejak 1974, dan sebelum itu Kerajaan Parti Perikatan sejak 1959 menemui kegagalan.

Bagaimanapun, selepas peristiwa Dr Mahathir Mohamed memecat timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka reformasi telah berlaku yang memperlihatkan adanya kaedah dan campur tangan kuasa asing dalam gerakan politik pembangkang di negara kita.

Ramai mempercayai, pembangkang telah menggunakan idea daripada Dr Gene Sharp yang merupakan seorang pengkaji dan pemikir dalam menumbangkan sesebuah kerajaan tanpa keganasan dari Universiti Massachusetts Dartmouth, Amerika Syarikat.

Maka, tercetuslah idea Bersih pada tahun 2007 dan berlarutan sehingga 2016 ini.

Asasnya, Bersih menggunapakai teori "non resistance violance" yang dipelopori Dr Gene Sharp seperti demonstrasi jalanan, duduk bantah, baring diatas jalan raya, berkhemah di Dataran Merdeka, memberi bunga kepada anggota keselamatan, membina suasana huru hara di kawasan tumpuan, menggunakan logo berlambangkan tangan atau penumbuk, menggunakan perkataan “occupy” dan kod warna tertentu.

Isunya adalah, tujuan utama Bersih bukanlah mahu menuntut sebuah pilihan raya yang adil dan bersih pun, sebaliknya senarai tuntutan Bersih itu hanya sekadar “umpan untuk memancing” minat rakyat bagi turun berdemonstrasi semata-mata.

Jika tidak, apa kena mengena poster, plakad dan gambar yang mengambarkan penghinaan kepada pemimpin negara? Salah satu teknik dalam kaedah Dr Gene Sharp adalah memperlekeh dan menyindir pemimpin sesebuah negara yang hendak ditumbangkan dengan poster dan kartun.

Apa tujuan akhir poster menghina ini? Matlamat akhirnya adalah untuk mencetus hilang rasa hormat rakyat pada pemimpin. Menanam kebencian yang bertalu talu dan akhirnya mengajak sama rakyat memaki dan mencaci pemimpin.

Kita boleh lihat sendiri dalam mana-mana siri Bersih, pastinya ada elemen penghinaan pemimpin. Malah, isteri kepada pemimpin utama negara juga turut dihina tanpa belas kasihan. Gambar ketua parti bertunjangkan Bangsa Melayu dan Agama Islam dipijak oleh bukan Islam.

Dimanakah relatifnya antara perilaku demonstran Bersih dengan tuntutan mereka itu?

Maka, cukup-cukup sudah kita diperbodohkan dan dibonekakan oleh Bersih melalui senarai tuntutannya itu. Hakikat sebenar, Bersih telah “dibayar” oleh kuasa asing untuk menghina pemimpin negara kita yang sedang fokus kepada pembentukkan sebuah negara bangsa berdaulat untuk anak cucu dan cicit kita di masa depan.

Maka, ingatlah Bersih 5.0 yang akan berlaku pada 19 November 2016 ini hanya sekadar menghina pemimpin! Sekali lagi rakyat diperbodohkan!

Dari Abu Bakrah R.A, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Pemimpin itu adalah naungan Allah di bumi, sesiapa yang menghinanya, maka Allah akan menghinakannya dan sesiapa yang memuliakannya, niscaya Allah akan memuliakan dia.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi, Syu’abul Iman, 6/17, no. 7373. Dinyatakan hasan oleh al-Albani, Dzilalil Jannah fii Takhrij as-Sunnah li Ibn Abi ‘Ashim, 2/224, no. 1024).

Tulisan :
Beruang Biru
BB134, Selasa
15 November 2016

No comments:

Post a Comment