Tuesday, 11 October 2016
Samsung henti penjualan Note 7
SEOUL – Gergasi teknologi Korea Selatan, Samsung hari ini menghentikan penjualan telefon pintar Galaxy Note 7 dan menasihati pengguna supaya tidak menggunakan peranti itu sementara siasatan berhubung telefon tersebut yang terbakar dijalankan.
Samsung dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah meminta semua pembekal produk itu di seluruh dunia untuk menghentikan penjualan dan pertukaran telefon gantian model berkenaan sementara mereka melakukan siasatan terhadap masalah tersebut.
“Pengguna yang mempunyai sama ada Galaxy Note 7 asal atau unit gentian perlu mematikan kuasa peranti tersebut dan berhenti menggunakannya,” katanya.
Semalam, pembekal di Amerika Syarikat (AS) dan Australia menggantung penjualan atau pertukaran Galaxy Note 7.
Semetara itu, pihak berkuasa penerbangan turut melarang penumpang menggunakan telefon dalam kapal terbang selepas sebuah peranti gantian salah seorang penumpang tiba-tiba berasap ketika berada dalam pesawat di AS minggu lepas.
- Reuters
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment