Tuesday, 11 October 2016

Penang Front Party bakal tanding 25 kerusi DUN DAP P.Pinang


11 OKT: Sebuah parti baru, Penang Front Party ((PFP) akan meletakkan calon di 25 kerusi DUN di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Penasihatnya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, parti itu tidak akan mengganggu gugat 15 kerusi yang ditandingi UMNO sebaliknya akan menumpukan kerusi lain bagi menyaingi DAP.

penang-front-party-pfp“Kita adalah parti bebas namun tidak memusuhi Barisan Nasional (BN).

“Kita tidak ganggu kerusi UMNO kerana mereka mampu untuk menang di kerusi terbabit. Tapi kalau MCA dan Gerakan tidak boleh menang di kerusi yang ditanding, buat apa bertanding?” katanya dalam sidang media semalam.

Parti berteraskan kaum Cina yang telah mendapat kelulusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) itu yakin mampu memberi saingan kepada DAP dan menjadi alternatif kepada MCA dan Gerakan yang kini dilihat tidak mendapat sambutan rakyat Pulau Pinang.

Dalam pada itu Zahidi berkata, setakat ini belum ada sebarang perbincangan di antara PFP dengan BN namun mengakui kewujudan parti baru itu telah diketahui pimpinan UMNO.

Dalam pada itu, Pengerusi Penaja PFP, Lee Poh Kong berkata parti itu sedang mempersiapkan manifesto untuk pilihan raya umum akan datang.

Antara perkara yang akan diperjuangkan oleh parti itu adalah mengenai kos sara hidup, isu perumahan, alam sekitar, pengangkutan awam dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment