Friday, 14 October 2016
Penang Front Party (PFP) Tidak Ada Kaitan Dengan BN
KUALA LUMPUR, 14 Okt – Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai sebarang kaitan dengan parti baharu iaitu Penang Front Party (PFP) di Pulau Pinang.
“BN juga tidak pernah melantik mana-mana individu untuk mewakili parti ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Jelas beliau, apa-apa sahaja keputusan yang dibuat dalam Barisan Nasional juga akan melibatkan perbincangan bersama dengan parti-parti komponen tanpa ada keputusan yang dibuat secara bersendirian termasuklah memberi laluan atau sokongan kepada parti baharu yang lain.
UMNO Pulau Pinang menolak penubuhan parti baharu Penang Front Party (PFP) di negeri ini kerana ia bukan parti mesra Barisan Nasional (BN).
PFP sebagai sebuah parti baharu telah mengaku mesra BN di Pulau Pinang namun berhasrat untuk bertanding di 25 kerusi DUN di negeri terbabit.
Sehubungan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman menolak kenyataan tersebut yang menganggapnya bertentangan dengan konsep sebuah parti mesra BN kerana sebagai parti mesra BN tidak akan sama sekali meletakkan calon bertanding menentang calon BN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment