Wednesday, 12 October 2016

Pelarian Rohingya menuju Langkawi, polis tingkat kawalan




LANGKAWI: Polis sedang meningkatkan pemantauan di sekitar perairan Langkawi susulan terdapat maklumat beberapa bot yang disyaki membawa pelarian Rohingya sedang menuju ke sini.
Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Dr Che Ghazali Che Awang mengesahkan mengenai maklumat berkenaan namun belum terdapat bot dimaksudkan itu yang ditemui setakat ini.

“Itu maklumat saja, namun pihak kami sedang memantau,” katanya.
Sebuah saluran berita serantau (CNA) hari ini melaporkan kira-kira 200 pelarian Rohingya dengan menggunakan 4 bot kecil belayar menuju ke perairan bahagian utara Malaysia.
Sementara itu, Ketua Penguatkuasaan Wilayah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Wee berkata pihaknya turut membuat pemantauan.

No comments:

Post a Comment