Thursday, 13 October 2016

Ibu tunggal dihadapkan ke mahkamah

BUTTERWORTH - Seorang ibu tunggal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas kesalahan penggubahan wang haram pada 19 Jun sehingga 1 September tahun lalu.

Tertuduh, Sua Lai Kim mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Mengikut kertas pertuduhan, Sua Lai Kim didakwa gagal mematuhi satu notis bertulis oleh Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara, Bahagian Pendakwaan,Tingkat 14, No 45 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya.

Notis tersebut mengkehendaki tertuduh untuk memberikan pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar berkenaan yang diperoleh tertuduh antara 1 Januari sehingga 30 April 2015.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan tersebut dibawah Seksyen 49(1) Akta Pencegahan Pengubahan wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum dibawah subseksyen 49(3) akta yang sama iaitu denda tidak melebihi tiga juta ringgit atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Unit Jenayah Pengubahan Wang Haram dan Perlucuthakkan Hasil Jenayah Jabatan Peguam Negara Nur Ashikin Mokhtar meminta agar mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM50 000 dengan dua penjamin berwarganegara Malaysia serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Datuk Jagjit Singh Bant Singh yang mewakili Sua Lai Kim kemudiannya memohon agar mahkamah meringankan jaminan yang dikenakan terhadap tertuduh memandangkan tertuduh merupakan ibu tunggal serta mempunyai empat cahaya mata yang masih kecil berusia antara 10 hingga dua tahun.

Hakim Norhayati Mohamad Yunus kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20 000.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 Disember untuk sebutan semula kes.

No comments:

Post a Comment