Friday, 5 August 2016

LETAK JAWATAN : DEMO BERSIH 5 DI PULAU PINANG.


Kita sedia maklum bahawa puak Kotor Bersih 2.0 akan mengadakan satu perhimpunan Kotor 5 Bersih 5 yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.

                     

Kononnya untuk 'menuntut tindakan sewajarnya diambil berksitan akauntabiliti 1MD yang turut dikaitkan dengan 'Malaysian Official 1'.

Yang bodohnya ialah Kotor Bersih 2.0 telah menghina kedaulatan undang-undang yang termaktub di dalam perlembagaan dengan menuduh undang-undang negara ini zalim.

Jika benar undang-undang negara ini zalim, mana mungkin ada ahli-ahli politik pembangkang yang menang di dalam kes saman mereka. Pembangkang juga tidak mungkin akan dapat menjadi kerajaan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Puak itu juga memperlekehkan profesionalisme pihak berkuasa dengan menuduh wujudnya intimidasi oleh polis dan pihak berkuasa ke atas aktivis sosial dan ahli politik.

Telah acap kali diterangkan bahawa DOJ USA hanya sekadar memohon satu inisiatif undang-undang permohonan sivil untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi menyita aset-aset. Prosiding itu tidak menyebabkan mana-mana pihak disabitkan kesalahan jenayah.

Malah, mereka yang terlibat meminta campurtangan asing ini juga terlibat di dalam komplot menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia.

Dan negara Malaysia tidak perlu sebarang tribunal untuk menyiasat tindakan DOJ USA kerana tindakan DOJ bukan satu prosiding jenayah.

Yang terbaru, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) telah membuktikan pembohongan puak Pembangkang apabila menarik balik perintah sekatan berhubung tuntutan saman sivil bagi membekukan aset Riza Aziz dan Red Granite Pictures.

Dengan keputusan itu, syarikat Red Granite telah dibenarkan beroperasi seperti biasa, dan DOJ telah memerintahkan pihak bank untuk terus berurusan dengan syarikat itu.

Kenapakah puak Kotor Bersih 2.0 begitu bodoh dan tidak faham?

Kita juga sedia maklum wujudnya komplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan yang dilantik secara sah dan demokratik oleh anasir-anasir jahat dan berkepentingan serta didalangi oleh Pakatan Pembangkang.

Dalam masa yang sama, cadangan Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan ini telah menjadi bahan ketawa rakyat. Rakyat menganggap Bersih 2.0 sengaja buat-buat tidak faham tentang isu sebenarnya, hipokrit, berat sebelah dan sekadar keldai tunggangan pakatan pembangkang.

Sekarang, sudah ada desakan oleh rakyat supaya pihak Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan Bersih 5.0 di Pulau Pinang. Alasannya mudah iaitu untuk memaksa Lim Guan Eng meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri.

Berbeza dengan isu DOJ yang hanya sekadar permohonan sivil dan tidak berbentuk jenayah, Setiausaha Agung DAP itu TELAH PUN DIDAKWA oleh pihak Mahkamah.

MiM difahamkan bahawa kepimpinan Bersih 2.0 amat tertekan dengan desakan rakyat ini dan terdapat gerakan dalam Bersih 2.0 yang mahu perhimpunan di adakan di Pulau Pinang.

Apatah lagi mereka dilihat sebagai keldai tunggangan pembangkang dan hipokrit jika tidak mengadakan perhimpunan Bersih 5.0 di Pulau Pinang.

Sekarang pun, Bersih 2.0 masih lagi menanggung malu kerana perhimpunan terakhir mereka (Bersih 4.0) telah dikecam dan dikutuk oleh rakyat. Perhimpunan itu juga amat rasis yang dihadiri oleh kaum Cina pro-DAP dan mereka ini sangat biadap kerana memijak-mijak poster pemimpin-pemimpin Islam di negara ini.

Dan untuk menyakinkan kaum Melayu dan kaum-kaum lain supaya turut serta dalam perhimpunan Bersih, kepimpinan Bersih 2.0 mesti mengadakan perhimpunan Bersih 5.0 untuk mendesak Lim Guan Eng supaya meletakkan jawatan. Itu sahaja caranya.

Jika tidak, perhimpunan Bersih akan tetap berbau rasis melampau dan Bersih 2.0 patut dibubarkan.-Dr.MiM

No comments:

Post a Comment