Thursday, 11 August 2016
DAP Didesak Jawab Dakwaan Wujud Diskriminasi Terhadap Ahli UMNO
JELUTONG, 11 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Jelutong, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman mendesak Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi menjawab dakwaan kononnya beliau mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) agar tidak meluluskan permohonan tukar syarat kegunaan bangunan dari pejabat ke hotel kerana pemilik Maritim Waterfront Hotel adalah seorang ahli UMNO.
Jelasnya, sekiranya dakwaan ini benar maka ia jelas membuktikan Dap memang mengamalkan diskriminasi sehingga menghalang rakyat untuk mencari rezeki.
“Kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO selama ini tidak pernah memilih bulu tetapi kepimpinan Dap memang jelas tiada ketelusan… ia bukan sekadar isu ini malah peniaga-peniaga kecil Melayu juga sering menjadi mangsa ketidakadilan Dap.
“Mereka sering mengatakan Dap ini telus dan jika benar mereka mengamalkan ketelusan maka saya mendesak Jeff Ooi untuk memberi penjelasan terhadap dakwaan ini. Adakah hanya kerana pemilik hotel berkenaan ahli UMNO maka dia tidak layak untuk mencari makan di negeri ini. Adakah hanya orang Dap yang boleh berniaga di negeri ini…?
“Saya berharap Jeff Ooi tidak mengikut cara ketuanya Lim Guan Eng yang suka membisu seribu bahasa apabila didesak,”
Tambah Razak, sekiranya kepimpinan kerajaan pusat melakukan perkara yang sama sebegini sudah pasti ia akan menjadi ‘senjata’ untuk pembangkang menyerang UMNO habis-habisan.
Tetapi ‘track record’ telah membuktikan bahawa kepimpinan kerajaan sedi ada tidak pernah pilih kasih baik dalam menghulur bantuan ataupun apa sahaja perkara, walaupun individu tersebut sudah dikenali bukan penyokong kerajaan namun ia tetap dapat hak sama rata seperti penyokong UMNO.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment