Wednesday, 3 August 2016
BERSIH Tidak Yakin Penganjuran BERSIH 5 Dapat Sambutan?
Saban tahun, negara akan melihat sebuah NGO yang sememangnya dikenali sebagai gila demonstrasi akan menganjurkan siri demo BERSIH mereka. Tahun lalu, mereka menganjurkan demo BERSIH 4 yang menyasarkan kehadiran 1 juta orang diseluruh negara. Demo yang dianjurkan selama dua hari sewaktu negara sedang siap sedia menyambut Hari Kemerdekaan ini dilihat gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.
Manakan tidak, walaupun dianjurkan selama dua hari di beberapa lokasi serentak, kehadiran yang dicatatkan hanyalah sekitar 20 hingga 30 ribu orang sahaja di seluruh negara. Jumlah ini jauh tersasar dari apa yang disasarkan oleh NGO BERSIH 2 walaupun promosi demo ini dibuat hampir sebulan tanpa henti di seluruh medium, samada menerusi media sosial mahupun secara realiti.
Sejak Tun Dr Mahathir menyeru para penykong pembangkang dan para pentaksubnya untuk kembali kejalan raya untuk mengadakan demo, BERSIH 2 sekali lagi mengumumkan akan mengadakan demo berkenaan tanpa memberikan perinciannya. Terbaru, pada sidang akhbar mereka, mereka turut mengumumkan akan mengangjurkkan BERSIH 5 dan sekali lagi, tiada tarikh dan lokasi diumumkan.
Ini jelas menimbulkan tanda tanya, adakah NGO BERSIH kali ini tidak yakin penganjuran BERSIH 5 mereka akan mendapat sambutan seperti sebelumnya? Tidak pernah sepanjang penganjuran demo BERSIH, mereka tidak mengumumkan tarikh dan lokasi demo berkenaan diadakan kerana seperti sebelum ini, mereka hanya memerlukan sebulan sahaja untuk mengwar-warkan menganjuran siri demo ini.
Berlainan kali ini dimana Marina Chin selaku Pengerusi BERSIH 5 dilihat seperti teragak-agak untuk mengumumkan demo ini. Nyata sekali, BERSIH bimbang penganjuran demo kali ini tidak mendapat sambutan seperti apa yang mereka lakukan sewaktu demo GST pada April lalu.
Hakikat yang harus NGO BERSIH faham adalah, rakyat sudah muak untuk menyertai perhimpunan seperti ini kerana mereka menyifatkan, langsung tidak memberi sebarang faedah kepada diri mereka mahupun perkembangan ekonomi negara. Di saat serba mencabar ini, siri demo seumpama ini hanyalah membuang masa dan langsung tidak menggugat apa pun yang telah diputuskan oleh kerajaan.
Lihat sahaja beberapa siri demo BERSIH, anti GST, Undur Najib dan banyak lagi yang jelas lebih banyak mendatangkan kerosakan berbanding perkara yang baik. Ditambah pula dengan Pakatan Harapan sendiri yang dipaliti dengan beberapa tuduhan isu rasuah, nyata NGO BERSIH yang melaungkan anti rasuah dan sebagainya kini seolah-olah meludah kelangit.
Sehingga kini, NGO BERSIH masih belum dapat menetapkan hari penganjurannya dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengeluarkan amaran bahawa NGO BERSIH harus mengikut garis panduan Akta Perhimpunan sebelum bertindak menganjurkan demo ini. Persoalannya, adakah BERSIH yakin bahawa sasaran mereka kali ini akan tercapai dan BERSIH tidak dimalukan oleh rakyat Malaysia sendiri?-tv14
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment