Tuesday, 26 July 2016

Sebelum Buat Cabaran, Guan Eng Patut Cermin Muka Terlebih Dulu – Jasmin


PULAU PINANG - Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Jasmin Noordin membidas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang meminta Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri berhubung isu kes saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap 1MDB.

Katanya, Guan Eng sepatutnya mencermin mukanya terlebih dulu sebelum membuat kenyataan mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

“Kes 1MDB tidak sama seperti kes rasuah beliau. Kes rasuah Guan Eng ada bukti yang jelas dan nyata dan beliau telahpun di dakwa di mahkamah atas tuduhan bersabit dengan rasuah. Dalam kes 1MDB, PAC yang dianggotai oleh ahli parlimen pembangkang seperti Dr Tan Seng Giaw dan Tony Pua juga mengakui tidak ada bukti bahawa Perdana Menteri telah terlibat dalam isu penyelewengan 1MDB.

“Guan Eng patut merasa malu buat kenyataan seperti itu. Lihat dirinya dulu yang kini bergelumang dengan kes rasuah, sanggup menipu dengan akuan palsu malah sanggup mempergunakan dan memperbodohkan rakyat serta penyokongnya untuk membela dirinya sendiri.

“ Lebih dari itu, betapa menggelabahnya beliau dalam kes rasuahnya ini hingga  sanggup merancang untuk buat pilihanraya negeri kerana mahu selamatkan diri sendiri. Jadi Guan Eng jangan cuba mengalih isu dengan cabarannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak itu. Sepatutnya beliaulah yang meletakkan jawatan, bukannya Datuk Seri Najib,” tegasnya.

Beliau menegaskan, sikap yang diperlihatkan oleh Guan Eng itu merupakan gambaran sikap double standard pembangkang dalam isu saman tindakan saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan, seolah-olah Perdana Menteri sudah di dakwa di mahkamah dan terbukti bersalah dalam isu kes ini.

“Dalam kes Lim Guan Eng, tidak pula mereka mendesak setiausaha agung Dap itu agar meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Bahkan Guan Eng sudah pun didakwa oleh mahkamah bersabit dua kesalahan berhubung rasuah. Sepatutnya, mereka juga mesti mendesak Guan Eng untuk melepaskan jawatan.

“Tetapi biasalah, pembangkang memang bersikap bias sejak dari dulu. Apa saja kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin mereka, pembangkang dakwa itu konspirasi UMNO dan BN dan tetap mempertahankan pemimpin mereka, biarpun jelas pemimpin mereka itu melakukan kesalahan. Contoh seperti kes Anwar Ibrahim dulu dan yang terkini kes rasuah Guan Eng.

“Namun apabila ada pemimpin UMNO atau BN yang baru saja dikaitkan dengan isu-isu tertentu seperti isu 1MDB ini, mereka serta merta menjatuhkan hukuman seolah-olah pemimpin itu sudah didapati bersalah oleh mahkamah.

“Sedangkan hakikatnya, sebelum ini begitu banyak tuduhan-tuduhan terhadap Datuk Seri Najib berhubung isu 1MDB ini, namun sehingga ke hari ini tidak ada sebarang bukti kukuh yang boleh menyabitkan beliau dalam penyelewengan ini,” tegasnya.-UMNO online

No comments:

Post a Comment