Wednesday, 20 July 2016
Rakyat Tuntut Kerajaan Jatuhkan Hukuman Berat Keatas Nga Kor Ming
Berbilang bangsa dan kaum hidup dalam keadaan aman dan damai di Malaysia, saling menghormati diantara satu dengan yang lain, namun keharmonian ini sentiasa diganggu gugat oleh puak chauvanis yang ditunjangi oleh DAP.
DAP acap kali melontarkan isu-isu yang berkaitan dengan perkauman , sensitiviti amalan diantara kaum serta melakukan tindakan yang menjurus kepada ketidak stabilan perpaduan yang mana amat dijaga oleh semua pihak kecuali DAP.
Baru-baru ini Nga Kor Ming dalam satu post bergambar ucapan itu dimuat naik pada pukul 11.30 malam raya dengan tulisan: In God We Trust, video Aidilfitri: We serve to bless others, we are from the people, by the people & for the people. Selamat Hari Raya!
Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming seorang yang biadap dan gemar mencetuskan polemik murahan dengan propaganda isu berkaitan dengan agama Islam yang mana menghina amalan sedekah yang menjadi tunggak ibadah kepada umat Islam dengan melabelkannya sebagai rasuah dan dedak.
Bukan itu sahaja pada masa yang sama beliau juga telah menyiarkan bendera Amerika dengan kata-kata menjurus kepada menarik ketaatan kepada negara yang didiaminya sekarang. Tindakan tegas seharusnya diambil terhadap mana-mana warganegara yang telah menarik ketaatan mereka kepada persekutuan.
Tindakan pemimpin DAP itu tidak melambangkan individu yang berpendidikan atau peradaban manusia normal selain penghasut bersiri yang sudah berkali-kali melakukan perkara serupa bagi tujuan untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia.
Setiap kali melakukan kesalahan atau melemparkan tohmahan, sebagaimana pemimpin DAP yang lain, Kor Ming akan menafikan bahawa sesuatu kenyataan itu dan menafikannya walaupun secara jelas ianya telah dilakukan .
Sikap DAP sejak dahulu sentiasa mencari pihak untuk dipersalahkan adalah antara tindakan yang telah diketahui oleh semua pihak. Dalam isu Nga Kor Ming , beliau terus menyalahkan pegawai atau penyokong DAP yang kononnya mempunyai akses kepada laman Facebooknya.
Maka tidak hairanlah kali ini pun beliau masih menggunakan pendekatan yang sama iaitu menghasut, menimbulkan amarah, padam entri Facebook, menafikan, tetapi masih mengulangi kesalahan sama. DAP tidak akan puas bila mana sesuatu isu yang dibangkitkan tidak menimbulkan kekacauan dalam Negara.
Tindakan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menyamakan duit raya dengan rasuah membuktikan pemimpin DAP itu tidak menghormati agama Islam. Sebagai pemimpin politik, Kor Ming sepatutnya peka dengan amalan dan budaya masyarakat berbilang kaum serta agama di negara ini.
Sebelum ini Nga Kor Ming juga telah mempersendakan Ayat Suci Al-Quran apabila beliau tersalah sebut nama surah di dalam al Quran. Beliau juga tersilap ketika membaca ayat tersebut kerana mungkin kurang biasa dengan sebutan tersebut. Namun, apa yang terjadi, beberapa pimpinan UMNO membuat laporan polis mendakwa bahawa Kor Ming mempersenda al Quran.
Tindakan biadap itu bukan sahaja tidak menghormati kesucian agama Islam malah menunjukkan pemimpin DAP itu tidak mempunyai semangat patriotik. Meletakkan bendera Amerika yang kita sedia maklum tidak senang dengan kebangkitan sesetengah negara Islam menunjukkan Nga Kor Ming tiada semangat patriotik,
Hasil daripada tindakan Nga Kor Ming tersebut sebahagian besar pemimpin kanan DAP telah mempertahankan Kor Ming walaupun mereka tahu umat Islam di seluruh negara memprotes perbuatan menghina itu.
Sikap langsung tidak menghormati orang Islam. Menghina umat Islam ini bukan kali pertama dilakukan Ahli Parlimen Taiping ini.
Kerajaan didesak agar satu tindakan tegas dan keras diambil terhadap Nga Kor Ming agar ianya menjadi pengajaran kepada pemimpin DAP yang lain supaya jangan terlalu mudah untuk mempermainkan sensitiviti anutan kaum yang lain dengan memberikan gelaran dan pandangan yang menjelekkan sehingga ianya boleh mencetuskan huru-hara dalam Negara ini.
— PRU14 tv
#NgaKorMingBiaDap #LGExit #LGERasuah #DapCauvinis #BiaDAP #DapRasis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment