Thursday, 21 July 2016

Ajal dihempap kontena

Butterworth: Seorang lelaki pemandu lori kontena, 40-an, maut dihempap kontena muatan kayu di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini, 3.15 pagi tadi.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.32 pagi dan apabila sampai di tempat kejadian, seorang mangsa didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu lori membawa muatan kontena.
Beliau berkata, mangsa cuba untuk membuat pusingan U di satu persimpangan menyebabkan kontena yang dipenuhi muatan kayu seberat 32 tan dibawanya terbalik dan menghempap bahagian pemandu.
"Mangsa, Ibrahim Omar, 40-an disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pihak hospital akibat kecederaan parah.
"Usaha mengeluarkan mangsa dari tempat duduk pemandu dengan bantuan kren pengangkut mengambil masa dua jam sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.-HM

No comments:

Post a Comment