Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman sebelum ini ada mengeluarkan pandangan ilmiah berkenaan pengklasifikasian Kaum Bukan Islam menurut kamus Fiqh Islam. Sejak sekian lama, tiada penamaan khusus bagi kaum bukan Islam di Malaysia untuk memudahkan struktur pentadbiran mengikut cara Islam.
Jika di zaman dahulu, kita sering mendengar istilah-istilah Fiqah berkenaan klasifikasi kaum Bukan Islam seperti Kafir Zimmi, Kafir Mu’ahad, Kafir Musta’man dan Kafir Harbi.
Namun, peredaran zaman telah berlaku lalu menyebabkan kondisi siyasah (politik) di negara kita turut berubah. Jika dahulu sistem pemerintahannya lain, hari ini kita sudah memiliki sistem demokrasi.
Jika dahulu unsur-unsur penentangan terhadap Islam dilakukan secara terbuka, namun zaman kini ianya dilakukan secara senyap, tersusun dan melalui saluran-saluran tertentu.
Islam merupakan agama yang dinamik dan relevan pada setiap zaman. Maka penentangan vebtuk baru ini juga harus diwaspadai oleh pihak berautoriti agar keharmonian di Malaysia dapat dipelihara.
Oleh itu Dr Abdul Rahman Osman menegaskan bahawa mana-mana pihak yang menentang ketertinggian Islam di Malaysia dalam bentuk baharu atau melalui saluran tertentu juga boleh ditakrif sebagai Harbi.
Walaubagaimanapun, kenyataan umum dan tanpa bias politik ini dimanipulasi oleh media-media mengikut citarasa tersendiri. Di satu pihak, mereka menggunakan kenyataan ini ke atas sebuah parti lawan secara khusus.
Sebagai reaksi terhadap manipulasi ini, pihak yang dituduh pula melakukan respon liar dengan menghina ketertinggian institusi Islam secara berlebihan tanpa usul periksa.
Tindakan respon liar tersebut pula mendapat sokongan dari sekumpulan agamawan kontroversi apabila mereka mengambil kesempatan ini bagi menyerang peribadi Dr Abdul Rahman Osman tanpa memahami pendirian ulama ini terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment