Saturday, 25 June 2016
Jika Betul Sayang Parti, Mereka Patut Tunjuk Komitmen Pada Dua PRK Lalu
JOHOR BAHARU, 25 Jun – Pengerusi Majlis Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata pengumuman pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz Mahathir daripada UMNO, bukan sesuatu yang memeranjatkan memandangkan ia sudah dijangka.
Shahrir yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Baharu berkata bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri besar Kedah itu sebenarnya mempunyai peluang yang cukup baik untuk menunjukkan kesetiaan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada dua pilihan raya kecil (PRK) baru-baru ini, namun, mereka tidak memanfaatkannya.
Ketika itu, kita tengok yang datang hanya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, masa penamaan calon. Sebenarnya ada peluang dan ruang untuk mereka (Muhyiddin dan Mukhriz) tunjukkan sikap dan pendirian mereka. Adakah mereka menentang parti atau menentang pemimpin.
“Mereka dakwa menentang pemimpin dan tidak marah kepada parti, tetapi sepatutnya bila parti dan calon parti bertanding, mereka boleh tunjuk komitmen kepada parti,” katanya selepas menyampaikan sumbangan sempena sambutan Aidilfitri kepada golongan yang memerlukan termasuk ibu tunggal dan fakir miskin, di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Shahrir berkata pada pandangan beliau, isu pemecatan terbabit sememangnya memberikan kesan kepada UMNO terutama UMNO Johor, namun, ia bukan membuka ruang kepada pepecahan parti. “Kita sentiasa mempunyai banyak kerja di kawasan masing-masing untuk dilakukan lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini. Kalau nak pecah…sudah lama dah pecah…isu ini bukan perkara baharu,” katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment