Wednesday, 29 June 2016

Debat isu terowong tegang, wakil kerajaan DAP maki hamun


28 JUN : Wakil kerajaan DAP Pulau Pinang, Lim Hock Seng gagal mengawal perasaan apabila mengeluarkan kata-kata kesat kepada wakil dan penyokong Barisan Nasional semasa sesi debat bertajuk “Tiga Lebuhraya dan Terowong Bawah Dasar Laut” yang diadakan pada malam Selasa.

Hock Seng, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Utiliti negeri berdepan Setiausaha Agung Gerakan Pulau Pinang, Datuk Liang Teck Meng naik berang apabila penjelasan beliau tidak diterima kira-kira 500 penyokong BN yang hadir semasa sesi debat itu.

Malahan, Hock Seng yang juga Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Bagan Ajam itu turut melabelkan kumpulan berkenaan sebagai ‘hooligan’ dan ‘bodoh’ sekali gus menyebabkan beberapa lelaki yang tidak berpuas hati cuba menyerbu pentas untuk meminta penjelasan.

Sesi debat berkenaan yang bermula kira-kira pukul 9 malam di Dewan Kompleks Masyarakat Penyayang di sini juga penuh sesak dengan kira-kira orang ramai yang hadir yang majoritinya penduduk dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.

Dalam debat yang sedang berlangsung Hock Seng turut mendakwa menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan wakil Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan berbohong dalam isu “kajian kebolehlaksanaan” terowong.

Dalam debat tersebut, wakil BN, Teck Meng membangkitkan isu kos kajian yang terlalu tinggi dibayar oleh kerajaan negeri kepada firma yang menyediakannya.

Selain itu, isu kos pembinaan tiga lebuhraya yang terlalu tinggi juga dibangkitkan.

Teck Meng dapat mengawal hujah dengan fakta dan maklumat yang tepat, berbeza dengan Hock Seng yang memberikan hujah tidak relevan dan tersasar sehingga mencetuskan huru-hara dalam dewan debat tersebut.

Debat malam tadi akhirnya berjaya juga diadakan selepas beberapa kali pelawaan ditolak oleh wakil kerajaan DAP tersebut.

No comments:

Post a Comment