Kuala Lumpur - Sebanyak 1.6 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) setiap hari khusus pada waktu puncak sempena cuti sambutan Aidilfitri, bermula 1 hingga 10 Julai ini.
Justeru, pengguna disaran merancang perjalanan mereka berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh pengendali lebuh raya itu bagi mengelak kesesakan.
Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Noorizah Abd Hamid berkata TTA tersebut membantu pengguna menikmati perjalanan selesa dan lancar untuk pulang ke kampung dan kembali semula ke ibu kota.
Beliau berkata TTA itu dirangka bagi mengelak jumlah besar bilangan kenderaan daripada memasuki lebuh raya secara serentak dan menyumbang kepadakesesakan di laluan-laluan utama, plaza tol dan kawasan rehat.
Pengguna dinasihatkan mematuhi jadual TTA bagi mengelak punca kesesakan teruk seperti berlaku pada tahun-tahun lepas, katanya pada sidang media.-beritaRTM
No comments:
Post a Comment