Friday, 27 May 2016

Curi 1.2 Juta Data Rakyat Malaysia : Ratu Naga Wajar Lapor Polis Jika Tak Benar


SEORANG lelaki bernama Azharuddin Othman semalam telah berjaya mendedahkan ada unsur-unsur penipuan dalam proses mengutip 1.2 juta tandatangan Deklarasi Mahathir. Individu terlibat yang disebut oleh Azharuddin dalam akuan bersumpahnya itu adalah seorang bernama Ema.

Ema, atau lebih dikenali sebagai ‘Ratu Naga’ merupakan seorang penyokong tegar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, pelopor kepada kumpulan ‘Anti-Najib’.

Ketika akuan bersumpah berkenaan dibacakan dalam satu sidang media, Azharuddin dengan jelas menyatakan beliau telah dihubungi oleh ‘Ratu Naga’ pada 27 April dengan menawarkan sejumlah wang bernilai RM5,000 untuk mendapatkan 1.2 juta ‘data base’ rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, Azharuddin, 30, hanya memperoleh RM1,000 selepas semuanya selesai tanpa sebarang pembayaran baki selebihnya.

Pendedahan bersumpah ini suatu perkara yang agak serius kerana melibatkan ‘data base’ rakyat Malaysia digunakan tanpa izin dan cubaan untuk memalsukan jumlah tandatangan yang akan dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Justeru, sebagai individu yang telah disebut namanya dalam akuan bersumpah itu, wajarlah ‘Ratu Naga’ tampil membuat laporan polis dan membawa perkara ini untuk tindakan mahkamah jika apa yang dinyatakan dalam sidang media tersebut adalah tidak benar.

Tidak perlu hanya bertindak membuat penafian melalui laman sosial atau media semata-mata, jika ‘Ratu Naga’ di pihak yang benar eloklah jalan penyelesaian undang-undang diambil bagi membuktikan Azharuddin cuba memfitnah dirinya.

Bagi rakyat Malaysia, penafian melalui laman Facebook atau sidang media sahaja tidak akan mencukupi, melainkan keberanian membuat laporan polis dan tindakan undang-undang diambil segera.

Selagi mana perkara ini tidak mendapat perhatian serius, ia sekali gus menandakan akuan bersumpah Azharuddin adalah benar, dan Dr Mahathir juga tidak mustahil terlibat dalam proses penipuan ini.
– Tv14
#DeklarasiMahathir
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM
#MelayuBersatu

No comments:

Post a Comment