Friday, 20 May 2016

Azmin Terjerat Antara Tun M Dengan Anwar


TIMBALAN Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengelak untuk berdepan dengan sebarang soalan media berkaitan surat kritikan hasil nukilan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terdedah beberapa hari yang lalu.

Apa yang terluah dari mulut Azmin hanyalah surat itu bukan untuk tatapan umum dan soal dalaman parti.

"Ia adalah hal dalaman, kita tidak perlu mengulas di luar," ujar Azmin kepada media di Sungai Besar, hari ini.

Azmin turut tidak melayan apabila ditanya apakah beliau meletakkan kepercayaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya Menteri Besar Selangor itu hanya berkata : "Terima kasih."

Semalam, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dilaporkan berkata, surat Anwar itu dipercayai bersangkut-paut dengan persengketaan dalam PKR sendiri.

"Saya tidak tahu apa yang telah berlaku. Mungkin ekoran perbalahan antara puak Azmin Ali (Menteri Besar Selangor) dengan Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR)," kata Zaid.

Wan Azizah sendiri sekadar mengatakan surat itu bukan untuk tatapan umum.

“Ia hal dalaman, hal dalaman,” jelasnya ketika diminta menjelaskan kesahihan surat tersebut.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pula menyifatkan nukilan Anwar itu sebagai peringatan pemimpin PKR supaya tidak terbawa-bawa dengan Deklarasi Rakyat adalah tepat pada masanya.

DAP pula menegaskan untuk terus bekerjasama dengan Mahathir kerana menyifatkan keprihatinan yang ditunjukkan Anwar itu adalah perkara biasa.
— KLXpress
#PRKSungaiBesar
#PRKKualaKangsar
#DeklarasiMahathir
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM
#MelayuBersatu

No comments:

Post a Comment