Wednesday, 27 April 2016

Tak Sampai Setengah Tahun, Pakatan Harapan Sudah ‘Tinggal Harapan’?


TARIKH 9 Januari 2016 telah menjadi saksi termetrainya Perjanjian Pakatan Harapan yang ditanda tangani oleh parti PKR, DAP dan Parti Amanah Negara bertempat di Shah Alam, Selangor.

Kegagalan gabungan-gabungan terdahulu, bermula dari Barisan Alternatif (BA) pada tahun 1999 hingga 2004 diikuti penubuhan Pakatan Rakyat (PR) pada 2008 dan berakhir pada 2015, dua tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) dikatakan menjadi teras kepada parti-parti pembangkang ini untuk membentuk perjanjian tersebut bagi meperkukuhkan ‘kerjasama politik’ mereka melalui platform baru yang dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH).

Namun, sesetengah penganalisis politik berpendapat bahawa perjanjian yang dimetrai kali ini pada hakikatnya masih menggunakan model yang sama dengan PR yang mengamalkan politik berasaskan kepentingan tertentu.

Perbezaannya hanyalah pada nama (PR kepada PH), dan kedudukan PAS di dalam PR sebelum ini digantikan dengan penglibatan PAN.

Misalnya, dalam Fasal 1: Keputusan Bersama:

1.2 Segala keputusan bersama adalah berasaskan prinsip konsensus iaitu setiap parti di dalam Pakatan Harapan perlulah bersetuju sebulat suara dengan keputusan itu. Jika keputusan bersama secara konsensus telah dicapai, keputusan itu dikira mengikat ketiga-tiga parti. Sebarang pelanggaran kepada keputusan itu boleh disifatkan sebagai pelanggaran perjanjian ini yang perlu diputuskan mengikut kaedah yang dihuraikan di dalam Fasal 7: Keabsahan Pakatan.

Dalam FASAL 5: Piliharaya telah menyatakan bahawa:

5.2: Pakatan Harapan akan meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili Pakatan Harapan di dalam sesuatu pilihanraya di mana-mana peringkat. Calon tersebut akan dipilih oleh parti masing-masing yang diberi kepercayaan oleh Majlis Presiden untuk mewakili Pakatan Harapan di dalam pilihanraya tersebut.

5.4 Sebuah Jawatankuasa Pilihanraya bertanggungjawab merundingkan agihan kerusi bagi setiap pilihanraya di antara ketiga-tiga parti bagi membantu Majlis Presiden membuat

keputusan seperti di dalam Fasal 5.3. Jawatankuasa Pilihanraya dianggotai oleh Pengarah Pilihanraya dari setiap parti dan wakil-wakil lain yang dilantik oleh parti masing-masing mengikut jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Presiden.

5.5 Sebarang pengumuman muktamad mengenai parti yang bertanding di mana-mana kerusi di mana-mana peringkat hanya dibuat oleh Majlis Presiden dan setiap parti tidak boleh membuat pengumuman bertanding di sesuatu kerusi di mana-mana peringkat tanpa persetujuan Majlis Presiden.

5.6 Sebarang pertikaian mengenai pembahagian kerusi di mana-mana peringkat di bawah Fasal 5: Perjalanan Pilihanraya akan dibincangkan dan diselesaikan di peringkat Majlis Presiden.

Dalam Fasal 7: Keabsahan Pakatan pula menyatakan bahawa:

7.2 Sekiranya tindakan yang dibuat oleh satu parti secara jelas telah melanggar mana-mana perkara di dalam Perjanjian Pakatan Harapan ini dan keputusan bahawa tindakan itu melanggar Perjanjian Pakatan Harapan telah dipersetujui secara bersama oleh kesemua parti yang lain di dalam Pakatan Harapan, kesemua parti lain itu secara sebulat suara berhak membuat keputusan untuk menggugurkan keanggotaan parti yang membuat tindakan yang melanggar Perjanjian Pakatan Harapan itu dari Pakatan Harapan.

7.3 Status Pakatan Harapan sebagai sebuah muafakat politik di antara parti-parti hanya boleh diumumkan oleh Majlis Presiden.

Penamaan calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang berlangsung semalam jelas menunjukkan bahawa terdapat percanggahan antara parti-parti politik yang bernanung di bawah PH.

‘Majlis Presiden’ yang kononnya menentukan pembahagian kerusi untuk PRN Sarawak telah jelas gagal untuk melakukan pembahagian kerusi dengan baik, adil dan saksama sehinggakan berlaku pertembungan 6 kerusi DAP bertemu PKR, iaitu yang melibatkan DUN:

1. N13 Batu Kitang - DAP vs PKR

2. N19 Mambong - DAP vs PKR

3. N32 Simanggang - DAP vs PKR

4. N49 Ngemah - DAP vs PKR

5. N68 Murum - DAP vs PKR

6. N78 Mulu - DAP vs PKR

Kebebalan yang ditujukkan PH dalam hal pengagihan kerusi bagi PRN Sarawak Ke-11 juga jelas membuktikan bahawa perjanjian yang dimetrai oleh parti-parti terlibat ini langsung tidak dihormati, sekaligus tidak mencerminkan perdirian mereka yang kononnya PH ‘Berjuang Untuk Rakyat’.

Fasal 7.2 pula jelas menetapkan bahawa jika terdapat satu parti secara jelas telah melanggar MANA-MANA perkara di dalam Perjanjian 'Sampah' Pakatan Harapan, maka parti tersebut boleh digugurkan keahlian di dalam Pakatan Harapan.

Sekarang ini, pertikaian 6 kerusi antara DAP dan PKR telah menunjukkan bahawa kedua-dua parti ini ternyata telah MELANGGAR PERJANJIAN yang dimetrai oleh mereka sendiri dan perlu digugurkan keahlian di dalam PH.

Apabila persetujuan gagal diperoleh Majlis Presiden dalam menentukan apa-apa jua keputusan, maka Pakatan Harapan sudahpun ‘Tinggal Harapan’, atau dalam bahasa ringkasnya, terkubur!
— KLXpress
#PRN11
#PRNSarawak
#RespectMyPM

No comments:

Post a Comment