Friday, 1 April 2016

Seberang Perai alami hari tanpa hujan 31 hari


PETALING JAYA: Selepas Langkawi dan Arau mengalami hari tanpa hujan, kini giliran Seberang Perai di Pulau Pinang pula mengalami situasi yang sama iaitu selama 31 hari tanpa.
Sebelum ini, Langkawi mengalami hari tanpa selama 45 hari dan Arau pula 40 hari.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata bacaan suhu, secara amnya sehingga 4 petang semalam menunjukkan kebanyakan kawasan di Pantai Barat Semenanjung mencatatkan bacaan melebihi 35 darjah celsius.


“Chuping di Perlis dan Alor Setar di Kedah masih dilanda gelombang haba dengan suhu tertinggi masing-masing iaitu 38.6C dan 37.9C,” katanya dalam satu kenyataan media, lapor Bernama.
Fenomena El Nino sebelum ini dilapor akan menyebabkan pengurangan jumlah hujan antara 20 hingga 60 peratus dan kenaikan suhu sekitar 0.5 hingga 2.0 darjah Celsius berbanding hari biasa dengan suhu maksimum ialah di antara 28.6 dan 35 darjah Celsius manakala semasa hari panas adalah antara 35 dan 37 darjah Celsius.

No comments:

Post a Comment