Sunday, 3 April 2016

Sadis Pergunakan Kanak-Kanak Untuk Turun HimpunanBantah GST


SEMPENA ulangtahun pertama pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST pada 1 April lepas, pembangkang yang dipelopori Parti Amanah Nasional (PAN) mahu rakyat terus berpersepsi teruk terhadap cukai berkenaan.

Lantas, pembangkang telah menganjurkan Demonstrasi ‘Bantah GST’ pada 2 April di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bagi menghidupkan kembali persepsi rakyat membenci GST.


PAN sedar, andainya mereka tidak berbuat sesuatu, rakyat akan semakin alpa dan menerima GST sedikit demi sedikit.

Jika ini benar berlaku, ia merupakan suatu tempelak paling buruk buat pembangkang sepanjang sejarah politik tanah air.

Oleh sebab itu, dengan apa cara sekalipun, PAN terpaksa menunjukkan kepada rakyat dan dunia luar bahawa GST masih tidak diterima dan terus dibantah para pengguna.

Walaupun isu GST ini sudah tidak lagi memberi kesan terhadap poket rakyat, ia akan terus dijadikan ‘peluru’ buat pembangkang untuk menyerang pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Buktinya, demo ‘Bantah GST’ tidak mendapat sambutan yang menggalakan sehingga terpaksa mempergunakan kanak-kanak.

Bayangkan, kanak-kanak yang tidak tahu mengira wang pun diajak untuk turun berdemo dan memegang poster ‘Anti GST’ di tengah panas dengan suhu kira-kira 36 darjah celcius.

Jika nak kira wang pun masih tidak tahu, bagaimana pula kanak-kanak ini mahu membantah GST? Apa itu GST pun pasti mereka tidak tahu.

Andai mahu menambah jumlah kehadiran pun, janganlah sampai mempergunakan kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa demi mahu menunjukkan kekuatan mereka yang sudah tiada itu.
— Tv14
#RespectMyPM

No comments:

Post a Comment