“Kalau tengok Twitter Lim sehari dua ini tiada isu lain, isu Perda sahaja. Nasihat saya kepada ketua menteri, segera laporkan jika yakin dengan kes ini, tapi persiapkan diri juga untuk hadapi kes berprofil tinggi beliau”.
Saranan kepada Setiausaha Agung DAP itu dibuat Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim yang mahu Lim Guan Eng segera membuat laporan jika mengesyaki berlaku salah guna kuasa dalam urusan penjualan tanah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di Seberang Perai Selatan.
“Tidak ada makna jika beliau bercakap kepada media sahaja tanpa membuat tindakan (laporan) SPRM,” katanya.
Tindakan Guan Eng membangkitkan isu terbabit katanya, jelas bertujuan mengalih perhatian rakyat daripada kontroversi tanah Taman Manggis dan pembelian banglo harga lelong di Jalan Pinhorn.
Ia kerana, Guan Eng katanya, tiada keperluan menjemput Shabudin, yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor, untuk bersemuka dan mengadakan ‘coffee talk’ bagi membincangkan isu itu kerana tidak akan mendatangkan hasil berbanding membuat laporan untuk siasatan pihak terbabit.
Guan Eng ‘mempelawa’ Pengerusi Perda, Datuk Shabudin Yahaya memberi penjelasan berhubung penjualan tanah 3.4 hektar milik agensi kerajaan persekutuan itu di bawah nilai pasaran iaitu RM1.4 juta berbanding harga penilaian Lembaga Hasil Dalam Negeri berjumlah RM16.6 juta.
No comments:
Post a Comment