Wednesday, 27 April 2016
KPDNKK KEDAH TINGKAT PEMANTAUAN HARGA BARANG SEPANJANG FENOMENA EL NINO
Alor Setar - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah akan meningkatkan pemantauan bagi memastikan harga barang terutamanya produk mentah tidak dinaikkan berikutan cuaca panas kering akibat fenomena El-Nino.
Pengarahnya Mohamad Fitri Hassan berkata pengeluaran produk mentah seperti sayuran-sayuran, buah-buahan dan juga ayam difahamkan terjejas oleh cuaca panas dan pihaknya akan memastikan peniaga tidak cuba mengambil kesempatan menaikkan harga.
Bercakap kepada pemberita selepas Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDNKK Ke-44 peringkat negeri di sini hari ini, katanya bagaimanapun pemantauan setiap hari oleh 57 Pegawai Pemantau Harga (PPH) di seluruh daerah negeri ini sehingga kini tidak mengesan kenaikan harga dan bekalan barang juga mencukupi.
Mohamad Fitri berkata pihaknya juga telah mengadakan perjumpaan dengan pemborong barangan kawalan bagi memastikan barangan keperluan mencukupi untuk menampung permintaan dan harga tidak dinaikkan.-beritaRTM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment