Ia termasuklah isteri Lim Guan Eng, Betty Chew sendiri bagi membantu siasatan terhadap skandal pembelian banglo lebih rendah daripada harga pasaran.
Angka berkenaan diperoleh oleh penulis dari sebuah sumber yang juga mengatakan bahawa SPRM turut merampas pelbagai dokumen daripada pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dalam melengkapkan kertas siasatan.
Pada 18 Mac lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya telah mendedahkan di Parlimen mengenai pembelian banglo di No 25 Jalan Pinhorn, Green Lane, Pulau Pinang.
Ia didakwa dibeli pada harga RM2.8 juta walhal harga pasaran boleh mencecah antara RM3.6 juta hingga RM6.5 juta ketika itu.
Turut menjadi persoalan, pemilik banglo itu, Phang Li Koon turut didedahkan disenaraikan sebagai pembekal pekerja asing melalui syarikat miliknya, Winbond Management and Consultant Sdn Bhd yang dikongsi bersama Datuk Tang Yong Chew.
Manakala Datuk Tang Yong Chew pula adalah pemilik majoriti syarikat Kuala Lumpur International Dental Sdn Bhd (KLIDC) yang berjaya membeli tanah Perumahan Rakyat Termiskin (PPR) di Taman Manggis untuk dijadikan hospital dan hotel mewah.
Adakah kes skandal banglo Guan Eng ini akan selesai dalam masa terdekat ini juga? Dan persoalan lebih menarik untuk itu, adakah Setiausaha Agung DAP itu bakal meringkuk dalam penjara tidak lama lagi? – Tv14
No comments:
Post a Comment