Thursday 24 September 2015

(Updated Video) Rempuhan Mina : 453 Meninggal, 719 Cedera


Makkah: Sekurang-kurangnya 453 jemaah haji maut manakal 719 lagi cedera akibat terjatuh dan terpijak ketika jemaah melontar jamrah di Mina hari ini.

Jurucakap Kementerin Dalam Negeri Arab Saudi, Brigedier Jeneral Mansour al-Turki berkata, "Ada kejadian terpijak di Mina dan Jabatan Pertahanan Awam sedang menyiasat" kejadian yang berlaku di jalan raya antara penempatan jemaah.

"Jalan itu diberi nama Jalan 204. Kejadian rempuhan dan terpijak itu tidak berlaku ketika upacara melontar tetapi ketika jemaah bersesak menuju ke tempat melontar," katanya.

Punca kejadian ini belum dapat dikenal pasti.

Jemaah Malaysia diyakini tidak terlibat kerana giliran mereka melontar adalah sebelah petang selepas asar. Kejadian berlaku sebelum jam 12 tengahari.  Sama2 kita doakan jemaah kita


Kita sedang mengadakan head count jemaah Malaysia dikemah masing masing

No comments:

Post a Comment