Dua hari lepas, Ketua Pemuda UMNO Malaysia mengeluarkan satu kenyataan populis yang dilaporkan melalui beberapa akhbar utama negara ini.
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendesak agar intimidasi serta tindakan yang diambil ke atas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dihentikan segera.
"Saya harap tindakan seperti ini (pertukaran pegawai kanan SPRM) dapat dihentikan segera dan intimidasi terhadap SPRM mesti berhenti. Saya tak boleh terima serangan terhadap institusi seperti SPRM.
"Pemindahan pegawai-pegawai ini saya lihat sungguh pelik dan sangat mengecewakan seolah-olah ada intimidasi yang terancang terhadap SPRM yang bagi saya melemahkan institusi kita," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia di sini, hari ini.
Tambahnya, tindakan yang diambil terhadap SPRM sebelum ini bukan sahaja melemahkan institusi berkenaan malahan mampu melemahkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
Kata beliau, sekiranya tindakan sebegini diteruskan, kepercayaan rakyat terhadap institusi dan juga kerajaan akan jadi lebih teruk daripada apa yang ada hari ini.
"Saya difahamkan pegawai dipindah itu adalah pegawai yang mungkin kesalahan dia hanya menerima kunjungan daripada parti pembangkang. Lepas tu esok harinya dipindah. Bagi saya itu adalah sangat-sangat tidak adil.
"Kita kena jaga institusi. Jangan kerana kita nak ada agenda tertentu, kita sanggup runtuhkan institusi yang ada dalam negara ni. Saya tak sanggup untuk membenarkan dan membiarkan keadaan seperti itu berlaku," tambah Ketua Pemuda UMNO itu.
Lantaran itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tampil dengan jawapan seperti berikut di Pulau Pinang semalam yang dilihat membidas Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu;
Selepas mendapat arahan dari Peguam Negara, saya telah berjumpa dengan Pesuruhjaya SPRM dan menerangkan bahawa PDRM akan menjalankan siasatan terhadap pegawainya.
Siasatan PDRM ke atas pegawai SPRM yang diarahkan oleh Peguam Negara adalah berhubung kebocoran kertas pertuduhan yang disebarkan oleh portal Sarawak Report.
Merujuk kepada perkara 1 dan 2 di atas, maka tidak timbul soal intimidasi atau gangguan oleh PDRM ke atas siasatan SPRM terhadap kes 1MDB dan derma RM 2.6Billion.
Berdasarkan pernyataan 1, 2 dan 3 di atas, tuduhan bahawa PDRM mengganggu siasatan SPRM adalah tidak tepat dan mesti dihentikan sama sekali.
KJ ni perangai macam budak2. Belum apa2 dah jump to conclusion. Macam mana nak jadi pemimpin yg berwibawa ni?
ReplyDeleteSeperti mana iman tidak dapat diwarisi, begitulah juga kematangan berpolitik Khairy, ia tidak dapat dipelajari dari bapa mertua
Delete