Saturday, 8 August 2015

Akhirnya Najib Sedia Dedahkan Nama Penderma


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedia membentangkan akaun UMNO kepada masyarakat umum dengan syarat parti pembangkang juga turut melakukan tindakan yang sama.

Perdana Menteri berkata, tindakan ini demi kebaikan parti selain mengelak daripada masalah lain terjadi.

Jelasnya, pihak pembangkang juga mempunyai punca kewangan yang tidak diketahui sumbernya.

“Saya Perdana Menteri. Saya bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan. Saya juga berusaha untuk membawa parti kita ke peringkat yang lebih baik,” katanya sewaktu berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak 2015 di Kompleks Darul Puteri di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar. -UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment