KENYATAAN MEDIA YAB DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN, MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN BERHUBUNG PENYEBARAN RAKAMAN AUDIO PEMBOHONGAN DAN FITNAH BERKAITAN YAB PERDANA MENTERI, DATO' SERI NAJIB BIN TUN HAJI ABD RAZAK
1. Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas dan tohmahan oleh pihak tertentu kononnya rakaman audio mengenai YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang memuatkan kenyataan oleh seorang individu yang sedang viral di media sosial sekarang adalah dari suara saya.
2. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak ada kena mengena langsung dengan rakaman audio itu, apatah lagi dengan pengakuan individu itu.
3. Buktinya kerana ada penipuan fakta dimuatkan dalam rakaman berkenaan, terutama latar belakang bapa kepada individu terbabit ialah seorang guru, sedangkan Allahyarham ayahanda saya bukan seorang guru.
4. Pihak yang membuat dakwaan ini sememangnya berniat jahat terhadap saya, cuba mengelirukan rakyat dan mahu melaga-lagakan saya dengan pemimpin-pemimpin lain, baik di dalam parti UMNO mahupun dalam kerajaan.
5. Saya menggesa semua pihak supaya tidak mudah percaya dengan pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap saya.
Sekian, terima kasih
YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Menteri Besar Negeri Sembilan
No comments:
Post a Comment