Friday, 31 July 2015

Pendedahan Waran Tangkap Najib Razak Oleh Sarawak Report : Akhirnya Timbalan Peguam Cara Negara Tampil Buat Pengakuan


Kekalutan yang berlaku akibat dari penyebaran beberapa keping foto yang didakwa oleh Sarawak Report sebagai waran tangkap terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak akhirnya terjawab.

Melalui laporan yang disediakan Sarawak Report yang melampirkan 3 keping foto bagi menguatkan hujah mereka, laman sesawang itu mendakwa waran tangkap terhadap Perdana Menteri itu adalah punca sebenar kenapa mantan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Ghani Patail ditamatkan kontraknya.

Namun begitu, kesahihan foto- foto itu disangkal Timbalan Peguam Cara Negara melalui tweet berikut;


Jika disingkap semula, ini bukanlah kali pertama laman sesawang yang berpangkalan di luar negara itu mengeluarkan artikel berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri dan negara Malaysia.

Selepas usainya Pilihanraya Umum Ke-13 yang lalu, halaman itu juga turut sama mendakwa kemenangan Barisan Nasional adalah disebabkan penyeludupan masuk pengundi hantu dari Bangladesh. Namun begitu, sehingga kini dakwaan itu masih belum dapat dibuktikan.


Pada pandangan PenangKini, kredibiliti setiap laporan yang dibuat oleh laman sesawang Sarawak Report seharusnya dipertikaikan sehinggalah ianya dapat dibuktikan sahih dan betul kerana beberapa siri tuduhan sebelum ini adalah gagal untuk dibuktikan kebenarannya.

1 comment:

  1. tiada bukti foto dokumen itu sahih.....setuju

    yg terbukti hanyalah dna anwar dlm sifool... tidak syak lagi

    ReplyDelete