Mahkamah sahkan Guan Eng tokong Dap Pulau Pinang bersalah fitnah Yb Jahara.
Mahkamah juga mendapati Guan Eng bersalah mengfitnah Yb Jahara dari Umno BN sebagai rasis.
Semua orang tahu yang buat tuduhan dan memainkan sentimen kebencian kaum datangnya dari Dap. Hari ini terbukti yang selama ini diperkatakan tentang Dap yang amat rasis chauvanis dan ultrakiasu.
PULAU PINANG – Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini diarah membayar sebanyak RM500,000 kepada Ketua Pembangkang negeri, Datuk Jahara Hamid sebagai ganti rugi kerana menggelar beliau sebagai nenek rasis.
Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Nordin Hassan yang membuat keputusan itu turut mengarahkan Guan Eng membayar kos guaman sebanyak RM40,000 berserta faedah sebanyak lima peratus.
Selain itu, Nordin turut mengarahkan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, menarik balik gelaran terhadap Jahara selain mengeluarkan injunksi menahannya daripada mengulangi kata-kata fitnah.
Jahara sebelum ini memfailkan saman selepas Guan Eng pada 10 Disember 2013 dalam sidang akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) menggelarkan Jahara sebagai ‘nenek rasis’.
Gelaran itu dibuat Guan Eng kerana Jahara dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.
Guan Eng kemudiannya memohon maaf kepada Jahara tetapi hanya untuk gelaran ‘nenek’ namun tetap menyifatkan Jahara sebagai seorang yang rasis.
Dalam saman fitnah berkenaan, Jahara yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar turut memohon perintah injunksi untuk menghalang Guan Eng daripada berterusan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya selain mahu perkara berkenaan tidak berulang.
Bagi kes itu, Jahara diwakili peguam, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunos. – UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment