Wednesday 22 December 2021

Jom Ke Banghuris Homestay, Selangor


Video Menarik Boleh Tonton Di https://fb.watch/a28c2_YRzo/

Lokasi menarik untuk dilawati di Homestay Banghuris yang terletak di Selangor (Sungai Pelek, Sepang) Cantik sangat tempat ni 😍. Suasana yang tenang dan nyaman seperti berada di Jepun atau Korea tau dan banyak spot tempat cantik untuk bergambar lagi 📷

Disini juga menawarkan banyak makanan enak, signature disini adalah nasi ambeng dan nasi bancaan 😍 Sangat sesuai yang ingin merasai suasana hidup di kampung secara tradisional dan kemesraan penduduk kampung bolehlah bermalam di sini. Mengamit memori 😃

Ada banyak aktiviti menarik boleh kita buat dekat sini. ialah permainan gasing, proses membuat kopi, menyumpit, memasak rebung, lawatan ke ladang buah naga, membuat wau, menerbangkan wau, tengok proses pembuatan belulang lembu dan macam macam lagi. Moh ler!

Lokasi 📍: D’Rebung Banghuris Homestay Sepang

Wednesday 15 December 2021

Bercuti Di Simon Shed , Kulim





Tontoni Video Menarik di https://fb.watch/9UHum9qdff/

Destinasi percutian yang Viral di Daerah Kulim, Kedah. Daerah Kulim terdapat satu tarikan yang popular iaitu SIMON SHED, SEDIM berdekatan dengan Sungai Sedim.

Tenang fikiran disini 😎. Villa ini dikelilingi hutan tua yang masih mengekalkan keaslian dan kehijauannya. Bermacam aktiviti yang menarik boleh dilakukan bersama keluarga atau rakan-rakan disini. Kolam mandi disini menggunakan air yang disalur dari sungai, pasti sejuk nyaman 😍

Villa ini juga menyediakan kemudahan aktiviti seperti  berkhemah, barbeque, karaoke, kemudahan untuk memasak, dewan (sesuai untuk seminar). Apa yang 'best' nya lagi di sini iaitu meroka alam sedim sambil menyaksikan keindahan alam,  kehijauan hutan dan keindahan sungai sedim dengan melakukan aktiviti kayuh basikal, Atv, water rafting dan bermacam lagi. 

Lokasinya berhampiran arus deras Sedim. Suasana persekitaran yang sungguh Mendamaikan. Apa yang pasti, bunyi-bunyian unggas dan burung-burung juga turut bersaing bersama-sama deruan air sungai menanti disini. 

Use Waze to drive to SIMON SHED @Sedim: https://waze.com/ul/hw0zwsyfes

LOT 863 KAMPUNG SUNGAI BULOH,

09700 KARANGAN, KEDAH.

Wednesday 8 December 2021

Tempat Bercuti Di Kedah. AMD Resort & Kem Perik Kuala Nerang





Tonton Video Menarik di https://fb.watch/9McAyWCuUJ/

Jika anda inginkan percutian yang tenang di tepi sungai sambil menikmati keindahan alam, anda kena cuba menginap di AMD Resort & Camp Perik Kuala Nerang Kedah.

Dikelilingi dusun durian yang luas serta sangat sesuai untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini. Paling Best, Restoran Warisan D'Sungai dibuka setiap hari dari 9 pagi ke 11 malam menawarkan aneka menu menarik makan di atas sungai. Nak pi makan saja pun boleh.. 

Terdapat 3 jenis penginapan di sini iaitu Penginapan Rumah Warisan, Bilik Rainbow Cabin Dan Juga Boleh berkhemah di sini.

Jom Kita pakat pi rilek di sini. 😍

Tuesday 7 December 2021

Percutian menaiki house boat di dalam hutan belantara 130 juta tahun di Tasik Banding, Perak.


Percutian menaiki house boat di dalam hutan belantara 130 juta tahun di Tasik Banding, Perak.

Tonton video menarik di https://fb.watch/9K91b6_0S3/

Keindahan Royal Belum memang tiada tandingannya. Suasana aman damai, tasik yang tenang dan kehijauan rimba di sekeliling menjadikannya tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara.

Selain bersantai bersama rakan Dan keluarga Dengan melakukan aktivtiti di Atas rumah bot, pelbagai aktiviti lain boleh kita lakukan di Royal Belum. Antaranya:

1. Trekking menjejaki bunga Pakma atau Rafflesia

2. Trekking ke Santuari Ikan mahupun melawat kawasan sira haiwan.

3. Aktivit memancing.

4. Fotografi pun menarik dekat sini, suasana menghijau. Pakai drone mesti lawa ni. pehhh. Beli drone bawa pergi sana nanti!!

Thursday 2 December 2021

Port Makan Best Di Penang. Tok Abah Cuisine


Mari menjamu selera bersama keluarga anda di Tok Abah Cuisine😍

kali ni kami nak berkongsi dengan anda pelanggan yang disayangi🥰 feedback2 dari mereka yang telah berkunjung ke Tok Abah Cuisine🤩

jom kita dengar sendiri apa kata mereka😁🙌video di https://www.facebook.com/1422465924657555/posts/3186306101606853/

Terima Kasih dari kami Tok Abah Cuisine atas sokongan anda!!🥰

pssttt!! jangan lupa tag kawan2 dan keluarga anda🤗

TOK ABAH CUISINE, DISINI LAHIRNYA SEGALA RASA...

Alamat :

G-23, Jalan Terbilang, Taman Terbilang, 1300 Butterworth

(Landmark : Tesco Bagan Ajam)

Waktu Operasi : 8:00 a.m - 12:00 a.m

Whatsapp : +6011-5551 0811

Facebook : Tok Abah Cuisine

Instagram : TokAbahCuisine

#BaganAjam

#TokAbahCuisine

#foodhunter

#cuisine

#foodie

#penang

#seberangperai

#westernfood

#PenangKini

#PenangPress

#SiakapKeli

#Breakfast

#lunch

#maincourse

#siakap5rasa

#siakap3rasa

#siakapstimlimau

#siakapstimhalia

#siakapkengsom

#siakaphunter

#burgercrispy

#burgernasilemak

#grillchickenburger

#nasilemakayamcrispy

#nasilemakudangcrispy

#nasilemaklambgrill

#nasilemakchickengrill

#tokabahcuisine

#tokabahrecommended