Friday, 18 June 2021

Luahan si penjual minyak wangi..





SEKALI LAGI KAMI PERNIAGA TERKESAN PKP 3.0 JADI SAYA BAGI OFFER




Berat sangat dugaan yang menimpa saya dan perniaga yang lain di musim pandemik. Kami sekali lagi dihimpit dengan dugaan PKP 3.0. Perit PKP dulu nak bangunkan balik perniagaan pun belum hilang, kami sebagai perniaga ditambah lagi dengan dugaan berniaga.

.

Pihak kerajaan tak menangung beban 100% nasib yang menimpa kami perniaga bila terpaksa ditutup. Sebagai perniaga yang ada kedai di mall2 besar. Kami harus lunaskan gaji pekerja dan sewa bulanan. Walaupun ada pengurangan, tetapi ada juga bayaran yang harus dilunaskan setiap bulan. 

.

Disebabkan keputusan saat-saat akhir dari pihak kerajaan, ramai dari kalangan kami perniaga yang terkesan. Lepas nie ramai lah perniaga yang akan gulung tikar. Kami sebagai perniaga buntu memikirkan permasalahan yang dialami ketika ini. Nak meluah didalam media sosial orang tak dapat gambarkan 100% nasib yang menimpa kami sebagai perniaga. 

.

Sekiranya perniagaan yang sudah beroperasi berpuluh-puluh tahun dan terkenal pun boleh kecundang, apa lagi kami yang baru setahun dua beroperasi, memang mencabar nak harungi perniagaan musim pandemik. Bukan sahaja membunuh kami tapi juga membunuh segala perkara yang berkaitan dan ekonomi negara.

.

Perniagaan kami bukan semudah membuka gerai di tepi jalan. Seperti mana perniaga makanan dan minuman. Mereka dapat mencari sumber harian pendapatan dengan hasil jualan mereka dan tak menangung beban bayaran sewa seperti kami. 

.

Ramai yang tidak faham Situasi kami perniaga ini berbeza. Itu sebabnya kenapa para peniaga yang bukan essential service sangat marah dengan apa yang sedang berlaku di negara kita. Bila saya lihat banyak kedai-kedai di mall2 tutup. perasaan sayu mengenangkan mereka yang amat kali terjejas. Sakit mereka tidak sama dengan mereka yang berniaga tepi jalan. Tidak mustahil selepas ini banyak kedai jenis bangunan, terciduk pasti mati.

.

Sebagai perniaga kecil-kecilan seperti kami yang mengharapkan hasil dari berniaga sahaja terpaksa akur dengan ketentuan dan arahan dari pihak kerajaan. Nak bangun semula perniagaan, semua duit simpanan habis digunakan untuk cover kerugian yang kami tangung sejak PKP 1.0 lagi dan masih belum ditahap yang stabil, nak bangun guna apa? 

.

Syukur Alhamdulillah, selama saya berniaga tiada berhutang dengan pihak bank, semuanya bebas hutang. Kalau tak, dulu-dulu lagi dah terciduk jugak!

.

Selain berniaga product De'xandra, saya ada juga ikhtiar kearah perniagaan lain menjual Laksa Sarawak memandangkan selama 2 minggu perniagaan saya tersadar dan tiada pendapatan nak sara diri. Mujur ada insan mulia #rizalhakimm  yang posting jualan saya. Alhamdullilah adalah pendapatan yang tak seberapa untuk menampung pembelanjaan harian. Kalau tampa bantuan berliau. Dimana lagi saya nak usahakan pembelanjaan harian saya yang kian menipis. Itu baru sahaja untuk pembelanjaan harian. Memang tak boleh nak bayar komitment bulanan yang kami tangung setiap bulan nak kena bayar sewa dan komitment bulanan kami. Kekadang dah terasa perit nak teruskan hidup.

.

Bila perniagaan di mall2 diarahkan tutup. Saya ambil pendekatan mencuba menjual atas talian sedikit sebanyak dapat membantu meneruskan kelangsungan hidup. Tetapi perniagaan atas talian tidak lah memerangsangkan untuk cover segala kerugian yang saya tangung selama ini melainkan kuasa viral. Harap adalah kuasa viral dapat menghidupkan jualan saya memandangkan inilah perniagaan yang nak sara kehidupan harian dan tiada pendapatan lain selain berniaga.

.

Memandangkan kedai De'xandra kesemuanya tidak beroperasi. Tetapi komitment bulanan dan pembelanjaan harian tetap jugak kena cari. Tiada sumber lain untuk kelangsungan hidup hanya 100% hasil perniagaan dari menjual product De'xandra. Jadi dengan ini saya meminta jasa baik semua tolong panjangkan posting saya ini sedikit sebanyak dapat membantu saya perniaga mencari hasil jualan di online memandangkan perniagaan saya ditutup entah sampai bilakah saya terkesan tiada sumber pendapatan.

.

Mungkin ramai pembeli yang mencari saya semasa urusan perniagaan saya terpaksa tutup. Saya minta sedikit sebanyak sharekan posting saya untuk memudahkan pelangan2 mencari saya yang menjual product De'xandra dan sedikit sebanyak dapat melunaskan sewa kedai dan pembelanjaan saya setiap hari.

.

Jadi di sini saya nak bagi harga offer kaw2 dan saya sertakan no saya untuk memudahkan pelangan kami membuat pesanan atas talian dan terima kasih pada semua atas panjangkan posting saya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa semua...amin

.

Kepada mereka yang sedang dalam keadaan, hidup segan mati tidak mahu, jika sudah tidak mampu lagi bertahan, lepaskan-lah semuanya.

Jika ada rezeki akan datang, bangkit semula.

Kalau gagal, anggap sahaja ini ujian. Adakalanya, ujian yang diberikan ada baiknya dan adakalanya, sebaliknya. Nasib kita tidak sama. Perjalanan kita sesungguhnya, berbeza.

Semoga dipermudahkanlah urusan kita semuanya.

Disini saya sertakan link whatsapp saya 

wasap.my/+60174445432


No comments:

Post a Comment