Tidak perlu lagi tinggal dalam kereta, lima beranak terima rumah PPR
Dewi Nur Harasha Alias
Jagdeep Singh Deo bermesra dengan anak Ganesh selepas menyerahkan kunci kediaman sebuah unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Georgtown, Pulau Pinang pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
GEORGE TOWN: Selepas nasib S Ganesh sekeluarga yang menjadikan kereta sebagai kediaman mendapat liputan meluas media, kerajaan negeri Pulau Pinang akhirnya meluluskan permohonannya untuk mendapatkan sebuah unit kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Tiada apa yang mampu diungkapkan pengawal keselamatan berusia 34 tahun itu selain bersyukur dengan keprihatinan yang ditunjukkan banyak pihak kepada dia dan keluarganya .termasuk kerajaan negeri yang menghulurkan bantuan termasuk meluluskan permohonan rumah PPR buat mereka..
Buat sementara waktu, Ganesh berkata, dia bersama isteri dan tiga anaknya akan tinggal di unit bencana di PPR Padang Tembak, di sini sehingga unit PPR di blok berhampiran selesai dibaiki.
“Terima kasih ramai orang tolong saya macam satu Malaysia… satu Malaysia tolong saya bagi sumbangan, barang-barang keperluan anak-anak” katanya kepada wartawan ketika ditemui selepas menerima kunci rumah di PPR Padang Tembak pada Sabtu.
Dalam pertemuan itu, Ganesh juga berterima kasih kepada petugas media yang menyiarkan kisah malang kehidupan dia sekeluarga sehinggakan bantuan yang diterima di luar jangkaannya.
“Terima kasih juga kepada media, selepas kisah saya keluar, ramai orang datang bagi bantuan kepada saya dan keluarga. Sekarang saya sudah ada rumah… saya betu-betul gembira, saya isteri dan anak-anak boleh tidur di rumah” kata Ganesh penuh bersyukur.
Kredit Astro Awani
Di mana tenggelamnya nama Ust Ebit.
ReplyDelete