Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Syafiq Hasim semasa pengurusan kes tersebut hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Azhari Abdul Hamid.
Syafiq berkata beliau akan menyerahkan lima lagi dokumen berserta lebih 100 dokumen lain yang telah diserahkan sebelum ini dalam bentuk salinan bercetak seperti yang diminta oleh pihak pembelaan.
Peguam RSN Rayer yang mewakili Lim dan isteri berkata pihaknya tiada bantahan terhadap perkara tersebut dan memohon mahkamah menetapkan 19 Feb depan untuk sebutan kes seperti yang dipersetujui oleh pihak peguam dan pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 19 Feb 2021 untuk sebutan semula kes itu.
Turut hadir di mahkamah ialah peguam A. Rueban yng mewakili Phang. Bagaimanapun ketiga-tiga tertuduh tidak hadir di mahkamah kerana mendapat pengecualian kehadiran.
Syafiq ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata lebih 100 dokumen yang telah diserahkan sebelum ini adalah dalam bentuk “hard disk” (cakera keras).
Katanya dokumen itu termasuk berkaitan mesyuarat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bagi projek perkampungan pekerja dan juga cek yang berkaitan dengan pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi tertuduh ketiga, Chew. Beliau berkata lima lagi dokuman yang akan diserahkan ialah berkaitan cek-cek, dan sekiranya kesemua dokumen telah lengkap kemungkinan tarikh perbicaraan akan ditetapkan pada prosiding kes akan datang.
Pada 11 Ogos lalu, Lim didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tawaran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), telah menggunakan kedudukan untuk suapan, iaitu wang berjumlah RM372,009 bagi isterinya Chew melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.
Lim dituduh melakukan kesalahan itu dengan cara mengambil tindakan memastikan syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd ditawarkan Jemputan Cadangan Perkampungan Pekerja di Lot 631, Mukim 13, Juru, Seberang Perai Tengah dan Sebahagian Lot 282, Mukim 13, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang bernilai RM11,610,000 yang Chew secara tidak langsung mempunyai kepentingan.
Ahli Parlimen Bagan itu dituduh melakukan kesalahan tersebut antara 19 Ogos 2013 dan 3 Mac 2016, di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, di George Town, Pulau Pinang mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Phang pula didakwa telah bersubahat dalam pelakuan kesalahan oleh Lim dalam melakukan perbuatan itu di tempat dan tarikh sama dan boleh dihukum di bawah seksyen dan hukuman serupa.
Chew didakwa atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang berjumlah RM372,009 daripada syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd yang telah dimasukkan ke dalam akaun Public Bank Berhad miliknya.
Beliau dituduh melakukan kesalahan itu pada tarikh berbeza, antara 7 Okt 2013 dan 4 Ogos 2014; 3 Sept 2014 dan 11 Ogos 2015 serta 4 Sept 2015 dan 3 Mac 2016 di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melaka Raya, Melaka.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Lim, 60, Chew, 56, dan Phang, 48, masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dihadapi mereka.
-- BERNAMA
DAKWAAN2 kes RASUAH berkaitan SKANDAL Terowong bawah Laut - cuba diRINGANkan!!
ReplyDeletePatutnya SPRM, PEGUAM NEGARA baru, LHDN, dan PDRM - MENYIASAT & MENDAKWA kes siasatan Rasuah Terowong Bawah Laut Pulau Pinang ini, di bawah projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPP) - tetapi SPRM telah menghabiskan siasatan dengan begitu cepat serta didesak oleh seorang peguam kuat-penyokong Mahathir Mohd., iaitu Haniff Khatri, walaupun SPRM, PDRM dan LHDN, belum menyiasat habis-habisan penglibatan Lim Guan Eng, Pemimpin-pemimpin utama DAP lain dan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, serta disyaki juga, anggota-anggota SPRM sendiri, di dalam kes ini, serta kes Skandal Terowong Bawah Laut Pulau Pinang ini, juga berkaitan dengan projek Lebuhraya PIL 1 (yang termahal di Malaysia, bernilai hampir $10 billion dengan hampir $500 juta untuk satu kilometer), projek-projek Perumahan-perumahan mewah (yang mana satu projek perumahan mewah $30 billion tepi pantai seluas 50 ekar untuk bayaran syarikat konsesi Terowong Bawah Laut tersebut, oleh rejim DAP, telah diluluskan dengan amat rakus, hanya dalam masa 8 hari berbanding perumahan mampu milik Rakyat, mengambil masa antara lebih 200-lebih 500 hari - walaupun Terowong masih belum dibina selepas 7 tahun) dan pelbagai lagi projek-projek Pembangunan mewah, yang hanya menguntungkan, terutamanya, pemimpin-pemimpin politik dan syarikat-syarikat Kroni-kroni atau proxi Guan Eng-DAP yang Bukan Bumiputera dan Asing, yang amat Rasis, Fasis, Tamak dan Rakus, mungkin tanpa tender jujur atau tanpa tender terbuka, seperti didakwa lagi oleh YM Raja Petra , serta hanya menguntungkan juga, rakyat dan Warga-warga Asing yang kaya raya, yang disyaki berunsurkan jenayah-jenayah Rasuah, Penyalahgunaan Kuasa, Penipuan dan Penggubahan Wang Haram!!
Bahkan, yang ganjilnya PDRM dan LHDN lansung tidak menyiasat dakwaan-dakwaan Rasuah dan Penipuan, serta jumlah sebenar di dalam kes-kes jenayah berkaitan Skandal Terowong Bawah Laut Pulau Pinang ini, yang mungkin kos sebenarnya, berjumlah $60 billion, seperti didakwa oleh YM Raja Petra, wartawan terkemuka dari Malaysia Today net, dan yang mana, juga disyaki berlaku jenayah Penggubahan Wang Haram, yang ganjilnya, tidak juga disiasat oleh PDRM dan LHDN. Bahkan kediaman-kediaman penimpin-pemimpin DAP ini, terutamanya Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Timbalannya juga, serta kroni-kroni mereka dari penyokong-penyokong DAP - tidak digeledah lansung oleh SPRM dan PDRM, berkaitan kes-kes jenayah ini, seperti yang telah mereka lakukan dengan amat kejam, termasuk ada serbuan oleh PDRM di bawah bekas Ketua Polis Jenayah Komersial, yang Rasis dan Fasis, yang tanpa melalui SOP PDRM (aduan berasingan akan dibuat berkaitan ke atas penipuan ini, seperti didedahkan juga oleh YAM Raja Petra, terhadap mantan PM Agung Orang Asal Islam/Melayu tercinta kami, YAM DS Mohd Najib ibni Almarhum Tun Abd. Razak!
ReplyDelete