Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pembayaran pendapatan sehingga 5.00 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB), bagi tahun kewangan 31 Disember 2020.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz berkata pengumuman berkenaan merangkumi pengagihan pendapatan 4.25 sen seunit dan pembayaran khas ehsan 0.75 sen seunit.
Jelas Zeti, pembayaran khas ehsan sempena ulang tahun ASB ke-30 itu akan diberikan sehingga 30,000 unit pertama.
Pengumuman agihan pendapatan itu buat pertama kali dilakukan secara maya pada Rabu.
Ia sekali gus menyaksikan agihan pendapatan pada tahun ini lebih rendah berbanding 5.50 sen seunit tahun lalu, yang juga pembayaran pengagihan terendah sejak ASB diperkenalkan pada 1990.
Dalam masa yang sama, Zeti berkata walaupun persekitaran ekonomi berdepan cabaran susulan pandemik COVID-19, aset pengurusan PNB meningkat dari RM312 bilion kepada RM320 bilion, sementara unit dalam edaran meningkat 3.4 peratus.
Untuk rekod pada tahun 2019, PNB mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit, manakala pada 2018, dividen sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.
Awani
No comments:
Post a Comment