GEORGE TOWN: Tapak Penjaja Sementara (TPS) Taman Free School akan dibuka semula esok, selepas diarah tutup oleh Kementerian Kesihatan (KKM) selama dua minggu sejak 13 Nov lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo berkata penutupan premis berkenaan bagi menjalankan kerja-kerja mencegah penyakit berjangkit itu berikutan terdapat kes COVID-19 dalam kalangan peniaga.
“Saya difahamkan keputusan untuk membuka semula pasar ini kerana semua yang menjalani saringan didapati negatif,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan dan mengagihkan pelitup muka kepada penjaja di tapak berkenaan hari ini.
Beliau berkata semasa tinjauan, kesemua peniaga menunjukkan surat pelepasan kuarantin daripada KKM selepas disyaki menjadi kontak rapat pesakit disahkan positif COVID-19, dan rata-rata peniaga yang hadir hari ini menjalankan kerja-kerja pembersihan gerai sebelum memulakan operasi awal pagi esok.
TPS Taman Free School menempatkan 136 gerai.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment