Monday 26 October 2020

SK Seri Sentosa dibuka semula esok

+

SEKOLAH Kebangsaan Seri Sentosa di Nibong Tebal, Pulau Pinang yang sebelum ini diarah tutup selama seminggu akan dibuka semula esok.


GEORGETOWN: Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sentosa di Nibong Tebal yang sebelum ini diarahkan ditutup selama seminggu ekoran terdapat kes Covid-19 akan dibuka semula esok.

 

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, sesi persekolahan di sekolah berkenaan boleh diikuti seperti biasa.

 

“Sekolah akan dibuka semula esok. Hanya seorang murid yang dikesan positif Covid-19 di sekolah berkenaan sebelum ini,” katanya ketika dihubungi di sini.

 

Sebelum ini, SK Seri Sentosa ditutup seminggu bermula 20 Oktober lalu selepas kes Covid-19 dilaporkan di sekolah berkenaan.

 

Selain itu pada 1 Oktober lalu, SK Permatang Janggus di Penaga, Kepala Batas dekat sini ditutup selama lapan hari.

 

Hampir 400 murid di sekolah itu menjalani ujian saringan Covid-19 susulan seorang guru wanita sekolah terbabit dikesan positif Covid-19.

 

SK Permatang Janggus dibuka semula 9 Oktober lalu selepas rantaian Covid-19 berjaya diputuskan.

 

 – UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment