Saturday, 12 September 2020

Dia ada surat kebenaran KKM..

 





Sumber : MyMetroUtama

Dziyaul Afnan Abdul Rahman

am@hmetro.com.my

Kangar: Lelaki memakai gelang merah jambu atau 'wristband' yang dilihat sedang menunggu feri di Terminal Feri Kuala Perlis petang semalam disahkan mempunyai surat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani proses kuarantin di rumahnya di Langkawi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, kejadian itu berlaku pada 3 petang semalam.

Wari berkata, pihaknya melakukan soal siasat ke atas lelaki yang dipercayai berusia belasan tahun itu selepas beberapa pengunjung melaporkan kehadirannya kepada pihak berkuasa.

"Selepas disoal siasat, dia mengaku dari Alor Setar dan sedang dalam perjalanan ke rumahnya di Langkawi.

"Memandangkan dia dari Alor Setar, dia diarahkan memakai 'wristband' selain pihak KKM memberinya surat kebenaran untuk melakukan kuarantin di rumahnya," katanya.

Wari berkata, individu terbabit dibenarkan menaiki feri mengikut jadual dan mengarahkan dia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang menjalani tempoh kuarantin.

Katanya, pihaknya berharap agar orang awam tidak menularkan berita yang boleh mencetuskan kebimbangan dan kegusaran masyarakat setempat.

Terdahulu tular di media sosial mengenai seorang lelaki memakai 'wristband' berada di ruangan menunggu di Terminal Feri Kuala Perlis sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai 

No comments:

Post a Comment