Balu Allahyarham Abam
Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali, berpuas hati dengan keputusan tuntutan faraid
ditetapkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini.
Nor Hidayah berkata,
pembahagian faraid tersebut merangkumi hak pemilikan rumah, kereta, wang tunai
dan barang peribadi peninggalan arwah suaminya.
"Alhamdulillah,
urusan faraid dapat diselesaikan. Saya sangat berpuas hati dengan keputusannya.
Pihak sebelah sana juga akan mendapat bahagian mereka.
"Antara harta yang
difaraidkan adalah rumah, kereta, wang tunai dan barangan peribadi arwah
seperti jam tangan, kamera dan telefon," katanya seperti dipetik BH Online
hari ini.
Menurut Nor Hidayah,
walaupun pihak keluarga Abam tidak hadir, namun ia tidak mengganggu proses
hakim membuat keputusan kerana semua bahagian faraid sudah ditetapkan.
Prosiding tuntutan faraid
dan hadanah (hak penjagaan anak) itu dikendalikan secara tertutup.
Nor Hidayah berkata,
mahkamah menetapkan Oktober depan sebagai tarikh baru untuk kes tuntutan hak
penjagaan anak ekoran ketidakhadiran ibu mentuanya, Sabariah Arshad.
Nafi kereta kena tarik.
Justeru katanya dia
beharap apabila mahkamah bersidang sekali lagi pada bulan depan, pihak Sabariah
akan hadir.
Mengulas mengenai isu
wang RM10,000 milik arwah yang dikeluarkan - seperti didakwa bekas adik
iparnya, pelawak Ali Puteh - Nor Hidayah mengaku dia ada melakukannya.
Bagaimanapun, Nor Hidayah
menafikan menggunakan wang itu untuk tujuan peribadi.
"Saya ada mengambil
wang RM10,000 tetapi saya masukkan ke akaun anak saya. Saya tidak gunakan sesen
pun," katanya.
Mengulas kereta mewah
peninggalan Abam yang ditarik, Nor Hidayah menafikannya.
"Kereta masih ada. Dakwaan yang mengatakan kereta itu ditarik tidak benar. Tetapi, saya tidak mahu
komen lebih-lebih," katanya.
Pada 7 September lalu, Nor
Hidayah bersama dua peguam mengadakan sidang media di Shah Alam bagi
menjelaskan dakwaan tuntutan saman terhadap ibu mentuanya.
Peguam Mohamed Ibrahim
Mohamad menafikan dakwaan itu dan menegaskan sebaliknya Sabariah yang
memfailkan saman terhadap Nor Hidayah pada Julai lalu.
No comments:
Post a Comment