Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kecewa dengan tuduhan mengatakan dirinya adalah penganut agama Hindu sebelum memeluk Islam.
Jelasnya, dakwaan itu sebagai fitnah jahat dengan niat menghina selain menjatuhkan maruah.
“Kepada mereka yang menfitnah saya sehingga sebegini rupa, hentikanlah...jangan terlalu menghina dan mengeji,” katanya di Instagram, hari ini.
Terdahulu, Abdul Azeez mendakwa ada pihak cuba menyebarkan fitnah bahawa dirinya dilahirkan sebagai bukan Islam.
Abdul Azeez juga dikatakan memiliki nama berbeza pada kad pengenalan asal sebelum ditukar kepada namanya terkini.
Justeru, bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) itu menasihati pihak berkenaan agar menghentikan dakwaan tersebut.
Pada masa sama, Abdul Azeez turut mendoakan pihak terlibat dengan fitnah itu segera bertaubat dan diberikan hidayah.
“Saya doakan kepada sesiapa yang menfitnah saya sehingga tergamak mengubah nama dan agama saya diberikan hidayah oleh Allah SWT,” katanya lagi.
MMO
No comments:
Post a Comment