Durian adalah raja buah yang menjadi buruan peminatnya dari seluruh dunia, namun ia menjadi mimpi ngeri bagi yang tidak menyukai baunya yang agak menyengat.
Cef selebriti Britain, Gordon Ramsay adalah salah seorang yang tidak menyukai durian apabila dia hampir termuntah dengan buah itu ketika sesi penggambaran bagi salah satu program masakan Amerika Syarikat, Uncharted.
Bukan saja tidak tahan dengan baunya, malah Ramsay menyamakan rupa isi durian dengan otak manusia!
Menerusi kemas kini di Instagram Storynya, Ramsay, 53, memaklumkan durian adalah buah paling tidak digemarinya.
Malah, dia mendakwa durian adalah 'buah paling busuk'.
"Saya dah makan pelbagai jenis buah, tetapi tiada (bau) yang lebih busuk berbanding durian!"I’ve ate a lot of food in my time....but there’s nothing worse (or smells worse) than Durian !!! There’s plenty more beauty in #Indonesia this Sunday at 10/9c on #Uncharted on @NatGeoChannel pic.twitter.com/dhjMQMPR6c— Gordon Ramsay (@GordonRamsay) June 26, 2020
Ruginya Gordon Ramsay tak dapat merasai nikmat keenakan raja buah. - SUMBER
No comments:
Post a Comment