Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan orang ramai bahawa terowong disinfeksi tidak mampu mencegah Covid-19.
Terowong itu bukan sahaja tidak dibuktikan keberkesanannya malah, membawa mudarat kepada kesihatan.
“Tiada bukti menunjukkan bahawa peralatan ini berjaya atau berkesan mengurangkan jangkitan Covid-19.
“20-30 saat [semburan] adalah tidak memadai untuk nyahkuman yang berkesan.
“Ia juga tidak membunuh kuman dalam badan manusia dan bahan kimia yang digunakan memudaratkan kepada selaput badan seperti mata dan mulut,” kata KKM menerusi hantaran di Facebook.
KKM berkata, penjelasan dibuat susulan terdapat peniaga yang merancang menyediakan terowong disinfeksi kepada pelanggan.
Pada masa sama, KKM mengingatkan kos membeli terowong disinfeksi sebaiknya diguna untuk memperbanyakkan tempat mencuci tangan atau menyediakan cecair pembasmi kuman kepada pelanggan.
“KKM tidak menyarankan penggunaan peralatan ini untuk langkah pencegahan jangkitan Covid-19 sebaliknya mengekalkan penjarakan sosial dan patuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan.”
No comments:
Post a Comment