Friday, 26 June 2020

#SeberangJaya Perkeso bantu ringankan beban keluarga Allahyarham Fairul Haida

Keluarga kepada pelukis papan cerita animasi Upin Ipin, Allahyarham Fairul Haida Abdul Rahim menerima sumbangan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada semalam.

Sumbangan diterima berupa bayaran faedah pengurusan jenazah sebanyak RM2,000 dan pencen seumur kepada ibu bapa Allahyarham.

Selain itu, adik kepada Allahyarham turut menerima faedah pencen sehingga menjangkau usia 21 tahun.

Fairul Haida meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Penaga, Pulau Pinang pada 20 Jun lalu.


Terdahulu, sumbangan kepada keluarga Allahyarham telah disampaikan oleh Pengarah Perkeso Pulau Pinang Othman Nordin yang turut diiringi wakil penghulu Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Utara.

No comments:

Post a Comment