Tuesday, 23 June 2020

Nyaris maut lepas masukkan belut dalam punggung untuk rawat sembelit

Seorang lelaki nyaris maut selepas memasukkan seekor belut hidup ke dalam punggungnya.

Menurut laporan Daily Mail, lelaki dari China berusia 50-an itu mendakwa dia berbuat demikian untuk merawat masalah sembelit dihadapinya.

Difahamkan, belut itu merobek ususnya dan tersekat di dalam perut lelaki berkenaan selama seminggu sebelum dibawa ke hospital di Guandong, China kerana mengalami sakit perut.


Menurut Dr Li, pasukannya mengesyaki ada objek asing di dalam perut lelaki itu ketika melakukan imbasan sebelum melakukan pembedahan bagi mengeluarkannya apabila keadaan pesakit semakin teruk.


Mereka terkejut apabila mendapati objek yang dikeluarkan itu adalah bangkai seekor belut sepanjang 16 inci.

Katanya, perbuatan lelaki itu memberi kesan teruk pada organnya akibat jangkitan bakteria menyebabkan dia terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selama tiga hari sebelum dibenarkan discaj

Kredit : Daily Mail

No comments:

Post a Comment