Friday, 1 May 2020

#kanowit Maut dihempap tangki septik

Lelaki warga Indonesia maut dihempap tangki septik di Kem Pembinaan Kabel Sesco Mapai, di sini, malam tadi.

Mangsa, Agus Setiawan, 19, pekerja am, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.22 malam.

"Ketika kejadian pemandu jengkaut sedang memindahkan tangki air ke lori. Tiba-tiba tangki itu jatuh lalu menghempap mangsa yang berada berhampiran dengan jengkaut," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, mangsa ketika itu sedang bersama-sama membantu memindahkan tangki air.

"Rakan mangsa cuba mengeluarkan mangsa namun mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pihak Bomba tidak melakukan tindakan operasi kerana mangsa telah dikeluarkan oleh rakan sekerja," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dengan tujuh anggota diketuai oleh PBKII Labang Bunsu dikejarkan ke tempat kejadian," katanya.

#BeritaHarian

No comments:

Post a Comment