Wednesday, 8 April 2020

Upload Status Tak Layak Ni Nak Apa Sebenarnya, Menganjing Ke? - Fynn Jamal

Marah sungguh Fynn Jamal dengan segelintir pihak yang memuat naik tangkap layar semakan status Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Apa tujuan mereka memberitahu khalayak yang mereka tidak layak?


"Anda rasa anda melucukan? Maaf anda tidak.

"Trending apa agaknya kat feed aku ni. Ketika orang risau dengan nombor giliran bantuan kerajaan masuk, ada jenis-jenis ysng kemaruk komen dengan upload gambar borang apetah tu yang tulis lulus tak lulus tu," tulisnya.

Fynn menyifatkan mereka sebagai riak dan menagih perhatian.




"Bantuan pun berapa ajelah sangat untuk orang dengan gaya hidup kaya dan glamor kalian tu.

"Dengan kapsyen pseudo sedih tu, nak apa? Kalau betul kau sedih, kamon. Harta berkoyan boleh je jual.

"Kau yang pilih beli barang untuk susun, tolak la," sindirnya.

Fynn juga berpendapat sekiranya pihak terbabit sengaja berlakon sedih, maknanya mereka sengaja 'menganjing' pihak tertentu.

Sebelum ini, ahli perniagaan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri ada memuat naik tangkap layar status semakan BPN menunjukkan dia tidak layak memohon bantuan itu.





Adakah status Fynn ditujukan buat Aliff? SUMBER


View this post on Instagram

Hari ini saya amat terkejut kerana permohonan saya tidak diluluskan ..sjaa nak semak .. sy faham dlm keadaan yang begitu getir ini, bukan sahaja orang-orang biasa tertekan tetapi saya sebagai Usahawan Industri IKS juga turut merasai... rasanya kalah zaman kegawatan ekonomi 1997 kan .. . . Dan ketika wabak ini berlaku jualan saya jatuh merudum nak dapat sale jatuh 90pratus.. 😰 hanpir smua bisnes tutup.. Saya amat sedih dlm keadaan ini dan berharap Rakyat Malaysia dapat membantu Kerajaan untuk mempercepatkan proses penyakit Corola ini.. . . Apa pn terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang membeli produk saya walaupun tak byk tapi sedikit.. Saya berharap kerajaan boleh mengurangkan cukai utk org mcm sy iks yang lain untuk meringankan beban kami.. Apa pn terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang membeli produk saya walaupun tak byk tapi sedikit.. Saya berharap kerajaan boleh mengurangkan cukai utk org mcm sy iks yang lain untuk meringankan beban kami..
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

No comments:

Post a Comment