Peminat filem Bollywood dikejutkan dengan berita pemergian pelakon veteran Rishi Kapoor yang meninggal dunia akibat barah, hari ini.
Hindustan Times melaporkan Rishi meninggal dunia pada usia 67 tahun di Hospital HN Reliance.
Sebelum ini, Rishi pernah mendapat rawatan di Amerika Syarikat selama setahun sebelum pulang ke India pada September tahun lalu.
Berita pemergian Rishi turut dikongsi di media sosial oleh kebanyakan pelakon Bollywood termasuk rakan seperjuangannya, Amitabh Bachchan.
Antara filem yang pernah dibintang Rishi termasuk Bobby, Laila Majnu, Karz dan Naseeb.
No comments:
Post a Comment